Johan Syampu Kepala Di Barber Shop Selepas ‘Tahallul’, Berbahasa Arab Curi Perhatian
Jun 21, 2024
Share
Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak membotakkan kepalanya selepas selesai menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.
Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini
Pergi cuci kepala lepas bertahalul
Dalam video yang dikongsi di Instagram, Johan terlihat ceria dengan kepala botak selepas bertahalul dengan pergi ke kedai gunting rambut untuk membasuh kepala.
Menerusi perbualan yang dirakam isterinya, Johan memaklumkan yang individu yang mencuci rambutnya dikenali sebagai Bilal berasal dari Tunisia dan menerap lebih 20 tahun di Tanah Suci.
Dia juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.
Dipuji Netizen
Perkongsian tersebut tentunya mendapat pelbagai respon daripada warganet yang kebanyakannya tertarik dengan keramahan penyampai radio Hot FM berkenaan.
Walaupun tidak menggunakan bahasa Arab yang tepat, usahanya berbual dalam bahasa Arab tetap mendapat pujian.
Sebelum ini, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.
Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.