Sukan

Johan Ghazali Buat Lagi! Kali Ini Tumpaskan Lawan Dari Mexico Hanya 36 Saat!

Share

Di kalangan peminat seni mempertahankan diri seperti mix martial art (MMA) dan juga muay thai, nama Johan Ghazali atau lebih mesra ‘Jojo’ pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Selepas sebelum ini menewaskan beberapa orang lawan menerusi One Championship, petarung negara berusia 17 tahun ini sekalu lagi menggemparkan dunia apabila menumpaskan lawannya yang jauh lebih matang dan 12 tahun lebih tua berasal dari Mexico.

Pada penampilan sulunya di aksi Primetime US, One Championship pada pagi ini waktu Malaysia, Jojo hanya memerlukan 36 saat sahaja untuk menumpaskan lawannya dengan satu tumbukan padu ke bahagian abdomen.

Rentetan itu petarung Mexico, Edgar Tabares tidak mampu lagi untuk meneruskan pertarungan dan Jojo diumumkan sebagai pemenang menerusi knockout pada pusingan pertama.

Lebih menarik, Jojo yang memulakan kariernya beraksi di ONE Championship sejak bulan Februari lalu belum pernah lagi mengalami sebarang kekalahan dalam lima pertarungannya.

Sebelum ini, dia berjaya memenangi kontrak lumayan dengan bayaran mencecah enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalah 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights sebelum ini.

Ramai pemerhati sukan ini meramalkan nama Johan Ghazali atau ‘Jojo’ akan terus mekar di seluruh dunia dengan akat hebat dimilikinya. Tidak hairanlah ramai mula membandingkan Jojo dengan petarung hebat dari Thailand, Rodthang Jitmuangnon.

Jangan lupa follow Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim