Joging Di Tasik Setiap Pagi Tanpa Memakai Baju Selama 40 minit Setiap hari_Zaid Moheyer

Share

ZAID MOHEYER

Nama penuh: Zaid bin Moheyer

Nama komersial: Zaid Moheyer

Umur: 33 tahun

Kerjaya: Pembantu peribadi / jurulatih kecergasan

Pencapaian:

Top 5 Mens Physique Men of Steel 2014, KL
Champion Mr. Physique Pasir Gudang, Johor 2014
Champion Mr. Jejaka Perkasa UTC, JB 2014

1st Runner Up Mr. Body wonderful Temerluh 2015, Pahang
2nd Runner up Mr. Badan Cantik Pelikat 2015, Bukit Jalil

Champion Mens Physique Men Of Steel 2015, KL
2nd runner up Mr. Badan Cantik Enrich 2015, Ampang

Pengertian lelaki Maskulin Merujuk kepada pembawaan dan penampilan seorang lelaki yang berciri positif, bersih, segak dan bergaya.

Motivasi Untuk memberi inspirasi kepada golongan yang masih baru menceburi bidang kecergasan.

Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil

 Rutin joging di tasik pada setiap pagi tanpa memakai baju selama 40 minit di bawah sinar cahaya matahari.

Bidang kecergasan menjanjikan kesihatan, kemasyhuran dan kesenangan. Pilihan anda? Kesihatan kerana ingin mengelak daripada penyakit. Kemasyhuran dan kesenangan boleh dimiliki dengan cara lain.

Idola kecergasan ingin anda cabar Faez Nick. Beliau merupakan idola saya dari dulu. Kami selalu bersaing namun kerap kali beliau mengalahkan saya.

Jurulatih kecergasan atau model kecergasan?

Model kecergasan. Ini bidang baru pilihan saya selepas 5 tahun bergelar jurulatih kecergasan.

Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Rakan baik kerana boleh berkongsi maklumat dan rata-ratanya rakan baik saya merupakan gym partner. Banyak aktiviti kami lakukan bersama.

 

 

 

Published by
Kim Rahim