
Jogging memang baik untuk kesihatan, lagi pula jika anda jogging pada waktu tertentu. Jika jogging pada waktu pagi anda akan tingkatkan daya positif yang kuat serta baik untuk cergaskan minda.
Tetapi tahukah kamu jogging pada waktu malam juga tidak kurang hebatnya. Ia dapat membakar lemak tepu dan bagus untuk individu yang ingin turunkan berat badan.
Ini dia beberapa sebab dan kebaikan jogging pada waktu malam yang mungkin anda tidak tahu.
Tidak tergesa-gesa
Sekiranya waktu siang agak pendek, apa kata anda lakukan senaman atau jogging di waktu malam. Ia kerana malam lebih Panjang dan punyai masa terluang, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa untuk lakukan jogging.
Masa membakar lemak paling efektif
Salah satu cara untuk anda turunkan berat badan ialah lakukan senaman atau jogging di waktu malam. Ini kerana ia dapat membantu membakar lebih banyak kalori secara efisien.
Tidur lebih lena
Apabila anda kepenatan selepas satu jam berjogging (sekurang-kurangnya), badan akan terasa letih dan akhirnya memudahkan anda tidur. Malah ia juga dapat merehatkan minda selepas seharian berkerja.
Dapat meracang waktu makan yang lebih teratur
Akhir sekali, ia dapat membantu dan merancang waktu makan yang lebih teratur kerana makanan yang dihadam dan diproses ketika berjogging.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Patutlah Wajah Awet Mudah & Badan Sihat, Rupanya Rajin Minum Air Selepas Bangun Tidur!

Amalan minum air sejuk selepas bangun tidur bukan saja penting untuk membersihkan tubuh, malah ia juga rahsia untuk korang dapatkan badan sihat dan cantik dengan cara yang paling mudah.
Tengok sahaja di Jepun, kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Malah penyelidik perubatan Jepun juga menemui rawatan air ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
Oleh itu, jangan bagi alasan yang korang perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis di laman Instagramnya tentang rahsia nak sihat dan cantik dengan amalan minum air selepas bangun tidur sebelum mulut dicuci.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yang mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT Yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semula jadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Zumba Tak Akan Buat Anda Kurus. Tidak Sesuai Untuk Anda Yang Baru Dalam Dunia Fitness

Anda pasti sudah sinonim dengan Zumba kan? Tahukah anda bahawa Zumba merupakan satu senaman High-Intensity interval training (HIIT)? High-Intensity interval training (HIIT) bermaksud, senaman yang anda lakukan berbentuk berat, namun bertindak pantas untuk memecahkan lemak.
Apa itu Zumba?
Zumba merupakan satu senaman yang berbentuk tarian yang akan diketuai oleh Zin (trainer). Ia merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang biasanya akan ditarikan mengikut rentak, dan anda boleh mengikut step tarian yang telah disediakan untuk anda.
Mengapa Zumba tidak digalakkan kepada mereka yang baru dalam dunia Fitness?
Ini kerana berat badan anda tidak menggalakkan anda untuk bergerak secara agresif. Jika anda dikategorikan sebagai obese, anda harus memulakan senaman secara ringan. Zumba membuatkan anda bergerak secara agresif dengan steps tariannya yang akan menyebabkan lutut, pergelangan kaki anda rosak.
Apakah bentuk senaman untuk mereka yang baru mula ber diet?
Anda boleh mulakan dengan berjalan di taman sebanyak 10,000 langkah. Berjalan sahaja sudah boleh membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat senaman sahaja tidak membantu anda untuk kurus, anda juga perlu mengamalkan diet secara sihat. Senaman hanya 20% manakala penjagaan pemakanan sebanyak 80%. Jadi, jika anda makan secara sihat, berjalan 10,000 langkah setiap hari sudah memadai untuk kurus.
Lambat lah kurus kalau macam tu
Ingat! Gemuk dah berapa lama? Tak kan sebulan anda sudah tak sabar nak tengok diri anda kurus? Anda perlu konsisten dalam menguruskan diet anda. Berbalik kepada Zumba, setelah anda cukup stamina, boleh bergerak dengan lebih pantas, ini masanya anda ke lantai tari-menari dan ber Zumba lah sepuas mungkin.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Amalkan Jalan Laju Lebih 100 Langkah Seminit Kalau Nak Jantung Kuat & Panjang Umur!

Cuba tengok masyarakat Jepun yang suka jalan laju? Siapa sangka, amalan jalan laju sebenarnya memberi banyak manfaat.
Selain baik untuk tubuh badan dan menguatkan jantung, amalan jalan laju juga boleh memanjangkan jangka hayat hidup seseorang walaupun BMI anda obese.
Perkongsian Dr Latif Saad dalam page TheDiagnosa mengungkap rahsia jalan laju. Dengan kebaikan yang kita dapat daripada jalan laju ini, seharusnyalah kita jadikan ia sebagai amalan.
BACA: 10 Trik Nak Wajah Muda Dari Usia Sebenar, Antaranya Kena Kerap Berjalan Kaki!
Orang yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat umur yang lebih panjang berbanding mereka yang berjalan lambat. Ini merujuk kepada kajian yang telah dibuat pada lebih kurang 475,000 orang berserta cara dia berjalan.
Kajian ini dimulakan pada umur mereka 50 tahun sehinggalah mereka meninggal dunia.
Definisi berjalan laju yang diberikan oleh pengkaji tersebut adalah berjalan lebih daripada 100 langkah dalam masa seminit.
Akan tetapi dalam kajian ini, ianya melibatkan pelaporan daripada peserta sahaja sama ada mereka berjalan secara lambat, sederhana ataupun laju.
Peserta yang berjalan laju mempunyai had umur yang lebih panjang untuk semua kategori BMI. Bermaksud walaupun anda mempunyai BMI yang obese, tetapi jika anda berjalan laju, maka anda mungkin mempunyai kurang risiko untuk mati lebih awal. Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Mayo Clinic Proceedings.
BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!
Pengkaji menyatakan daripada kajian ini ia menunjukkan fungsi fizikal seseorang mempunyai faktor yang kuat bagi menentukan jangka hayat ataupun kesihatan seseorang berbanding BMI. Ia juga menunjukkan walaupun BMI seseorang itu tinggi, tetapi jika dia mempunyai kecergasan yang bagus, maka umurnya mungkin akan lebih panjang berbanding orang lain.
Sebaliknya, seseorang yang berjalan lambat itu mempunyai jangka hayat yang lebih pendek walaupun dia berada di dalam kategori BMI yang normal.
Dalam kajian itu melaporkan wanita yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat hingga 87 tahun berbanding wanita yang berjalan lambat iaitu pada umur 72 tahun.
Lelaki yang berjalan pantas pula mempunyai jangka hayat hingga 86 tahun berbanding yang berjalan lambat iaitu pada umur 65 tahun.
Secara puratanya terdapat 15 hingga 20 tahun perbezaan diantara mereka yang berjalan pantas dan lambat.
Jamie Hickey, salah seorang jurulatih dan pakar nutrisi menyatakan “Kajian ini memberitahu kami bahawa jika anda berjalan secara pantas anda telah melakukan senaman kardio yang rendah dan jika ianya dilakukan secara kerap, maka ia boleh menguatkan jantung anda. Jadi tidak kira anda terlebih berat badan ataupun tidak, berjalan pantas dapat menguatkan jantung dan memanjangkan umur anda.
BACA: Jangan Sapu Dengan Minyak Panas, Ini 4 Tip Cepat Yang Perlu Buat Lepas Kaki Terseliuh!
Kesimpulan
Walaupun kajian ini secara spesifik mengatakan jangka hayat umur anda bertambah jika anda berjalan dengan pantas tanpa mengambil kira BMI, bukanlah bermaksud selepas ini anda tidak kisah dengan BMI anda dan anda boleh makan sesukati hati.
Tetapi ia merujuk kepada perlunya anda sentiasa berada di dalam keadaan aktif walaupun anda pada ketika itu sedang berjalan.
Jadi gunakan masa yang terluang seperti berjalan untuk bersenam dengan cara berjalan lebih laju daripada biasa.
Rujukan:
- Francesco Zaccardi, MD, PhDa, Melanie J. Davies, MD, Kamlesh Khunti, MD, PhD, Tom Yates, PhD. Comparative Relevance of Physical Fitness and Adiposity on Life Expectancy. A UK Biobank Observational Study. June 2019 Volume 94, Issue 6, Pages 985–994. DOI: https://doi.org/10.1016/j.mayocp.2018.10.029
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI