Bukan tak ada pasangan, cuma jodoh lambat datang sebab nak beri peluang kepada lelaki untuk jadi matang memasuki usia 30-an.
Selain itu, ia memberi peluang kepada lelaki untuk memiliki gadis yang lebih muda dan wanita juga mendapat cinta hati yang lebih berusia.
Sehubungan itu, jangan anggap perkara ini sebagai satu tekanan sebaliknya berpeganglah bahawa ajal dan jodoh itu ketentuan Tuhan.
Anda juga harus tahu bahawa semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.
Menerusi entri ini, MASKULIN kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.