Kesibukan dalam dunia lakonan membuatkan pelakon popular, Nadhir Nasar, masih belum berpeluang memberikan komitmen sepenuhnya dalam mencari pasangan hidup.
Walaupun sibuk, pelakon berusia 29 tahun itu percaya bahawa jodohnya tetap akan hadir pada masa yang tepat.
“Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga bulan ini saya hanya ada dua hingga tiga hari untuk berehat. Buat masa sekarang, untuk menjadi milik seseorang agak sukar kerana jadual yang padat. Tapi saya yakin jodoh itu ada, cuma belum bertemu lagi. Tahun depan saya pun dah masuk 30 tahun, jadi saya perlu mula mencari,” katanya kepada mStar.
Nadhir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tertarik Dengan Aura Wanita Kelantan
Dalam sesi temu bual tersebut, Nadhir turut mengulas tentang satu klip video tular yang menunjukkan dirinya menyukai wanita berasal dari Kelantan.
Mengakui perkara itu, pelakon Cikgu Hiragi ini berkata aura wanita dari negeri tersebut sangat istimewa di matanya.
Ads
“Saya masih mencari wanita dari Kelantan. Saya rasa mereka ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Selain itu, mereka juga pandai memasak, jadi itu satu bonus buat saya,” katanya.
Walaupun membesar di Perak, Nadhir menyatakan bahawa dia dapat melihat perbezaan budaya antara kedua-dua negeri tersebut dan perbezaan itu membuatkan dia semakin tertarik dengan wanita dari Pantai Timur.
Kegemaran Makan Budu Jadi Salah Satu Faktor
Foto : mStar
Selain aura yang menarik, Nadhir turut mendedahkan satu lagi sebab dia ingin mencari pasangan dari Kelantan, iaitu kerana minatnya terhadap budu.
“Saya ini penggemar budu. Jadi, kalau bakal isteri saya berasal dari Kelantan, mesti dia biasa dengan makanan ini dan boleh memasak hidangan yang sesuai dengannya,” katanya sambil berseloroh.
Ads
Namun, dia mengakui masih belum mempunyai calon istimewa dari negeri itu, walaupun mempunyai ramai kenalan dari Kelantan.
Dalam pada itu, Nadhir turut menjawab mengenai spekulasi yang mendakwa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang.
Walaupun sering dikaitkan dengan beberapa individu, Nadhir memilih untuk tidak terlalu memikirkan spekulasi tersebut.
Ads
“Saya tahu ada ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan saya, tapi jujurnya saya okey saja. Cuma, saya lebih mementingkan privasi. Kadang-kadang, perkara yang tidak benar boleh menjejaskan kedua-dua pihak. Tapi saya boleh sahkan, buat masa ini spekulasi itu tidak betul,” jelasnya.
Walaupun sibuk dengan karier, Nadhir tetap percaya bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang tepat.
Apa pun, fokus utamanya tetap pada kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan peribadinya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.
Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :
Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.
Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.
Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.
Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.
Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya terdapat beberapa rutin perlakuan lelaki tanpa sedar yang boleh menarik perhatian wanita yang melihatnya kerana menyerlahkan elemen seksi. Ketahuinya mulai sekarang.
Menggaru atau mengusap jambang
Jambang gatal, garu punya garu tanpa sedar sebenarnya anda menarik minat wanita yang melihat. Ianya perlakuan biasa lelaki tetapi bagi wanita anda kelihatan menarik di mata mereka ketika itu. Mungkin perbuatan itu kelihatan maskulin dan bersahaja.
Melipat lengan kemeja
Ada tak sewaktu anda sedang melipat lengan kemeja anda terasa seperti diperhatikan? Jika ya, jangan pelik kerana ia adalah ‘manisan’ mata untuk wanita. Tidak kiralah wanita itu sudah berumahtangga atau bujang, sebenarnya perlakuan melipat lengan kemeja memberikan gambaran berbeza. Si wanita bujang merasakan perbuatan itu agak seksi manakala wanita yang telah berpunya dia akan terus memikirkan tentang pasangannya.
Membetulkan jam tangan atau tali leher
Perbuatan ini sama seperti melipat lengan kemeja cuma di minda wanita ia lebih menggambarkan personaliti seksi anda yang sebenarnya secara spontan.
Duduk sambil meletakkan kedua lengan di atas peha
Fuh! Ada yang tidak senang duduk di sebelah jika anda duduk dalam posisi begini. Cuba perhatikan, jika teman sebelah anda adalah wanita, dengan posisi anda tersebut dia akan resah dan sering membaiki postur duduknya atau sengaja memalingkan muka mencari pandangan lain.
Berbual sambil meletakkan tangan di palang pintu/dinding
Entah kenapa wanita mengundi mengatakan salah satu perbuatan seksi lelaki secara spontan ialah bercakap sambil meletakkan tangan di palang atau di mana sahaja yang dirasakannya selesa. Wanita pula akan lebih teruja untuk meneruskan perbualan apabila melihat situasi tersebut.
‘Making good eye contact’
Ramai wanita akui terasa ledakan hormon merembes dalam badan mereka apabila lelaki yang dipanggil namanya memberikan pandangan yang tepat kepada mereka. Selain teruja, wanita juga akui pandangan lelaki tersebut kelihatan cukup seksi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya pores tidak boleh tertutup dan terbuka macam pintu rumah kita. Tapi boleh kecilkan dengan sentiasa bersihkan pores dari debu, kulit mati, bakteria dan sebum yang aktif keluarkan minyak berlebihan.
Jadi untuk merawat masalah ini, cuba pakai regular BHA liquid, claymask dan double cleansing method, kemudian boleh teruskan dengan normal skincare routine. Buatlah seminggu sekali. Untuk pastikan pores kita sentiasa bersih.
Cara nak pakai seperti yang tertera.
Sebelum pakai product dari acid exfoliate macam bha dan aha. Pastikan BASIC routine skincare dah konsisten selama 6 bulan ke atas. Supaya tiada irritation dan purging berlaku.
Sebaceous filaments biasa terdapat di bahagian hidung. Beza dengan blackhead. SF terjadi bila sebum tersumbat dengan kulit mati, debu dan bakteria. Normal memang ramai yang alami benda ini.
Bila pores tersumbat. Itu yang nampak pores kita nampak sangatluas. Bile pores bersih. Pores akan jadi kecil dan nampak bersih.
Apply BHA dalam 20 ke 25 minit di kawasan yang bermasalah seperti hidung.
Apply claymask sehingga 10 minit. Kulit kering boleh pakai tapi cari claymask yang hidrating. Supaya kulit tak terlampau kering.
Untuk oily dan combination. Pakai macam biasa.
Kemudian bilas claymask dengan air biasa. Keringkan muka.
Dah kering muka. Sapu oil cleanser. Gosok lembut bahagian hidung tadi. Nanti kotoran akan keluar. Macam whitehead, kemudian sambung dengan cleanser biasa dan skincare routine
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.