Gaya Hidup

Jirus Air Mawar Ke Atas Kubur, Ikuti Perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan Tentang Hukumnya

Share

Menjirus air mawar ke atas pusara atau kubur bukan lagi perkara asing dalam budaya kita sebagai orang Melayu dan Islam. Ia telah dilakukan sejak zaman-berzaman dari zaman datuk nenek kita lagi.

Tapi apakah hukumnya perbuatan menjirus air mawar ini ke atas kubur dari sisi agama Islam? Ini meurpakan soalan yang MASKULIN rasa bukan kami sahaja yang tertanya-tanya malah anda semua juga.

BACA: Gurau Senda Gaya Rasulullah, Ini Garis Panduan & Adab Dalam Islam 

Sebagai orang lelaki yang sudah atau bakal menjadi ketua keluarga anda WAJIB tahu tentang perkara ini.

Untuk menjawab persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkiflu Mohamad Al Bakri telah memberi penjelasan dan berkongsi di halaman Facebook dan juga laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jadi adakah menjirus air mawar ke atas kubur ini satu perkara yang harus, wajib atau haram?

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan di bawah;

SOALAN

Apakah hukum menjirus air mawar ke atas kubur?

JAWAPAN

Memang pada asalnya yan wajib hanya dikebumikan sahaja tanpa menjirus sebarang air. Walaupun begitu bila melihat kepada sejarah salafus soleh termasuk Baginda SAW sendiri, maka masalah ini telah dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar. Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyiram air atas kubur anakandanya Ibrahim. Lihat Musnad Imam al-Syafie (1/215).

Secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hukumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu. Tetapi penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.

Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Kami nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda SAW, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah.

Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada kubur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati. Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.”

Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si mati kerana sabit dalam nas yang sahih.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Published by
Farizul Izwany