Adakah anda pernah alami situasi di mana selepas kencing anda dapati ia masih keluar secara tak sengaja.
Atau pernahkah anda terasa nak kencing lagi walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.
Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.
Jenis-jenis
Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.
Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.
Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat (Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.
Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.
Barah pundi kencing
Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.
Kencing manis
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.
Langkah-langkah kawalan
Hadkan air minuman dalam sehari
Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.
Jangan ambil minuman keras
Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil (diuretik). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.
Elak pengambilan kopi
Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.
Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah (asidik).
Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.
Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik
Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.
Amalkan yogurt atau minuman yogurt
Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik (lactobaccilus acidophilus) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.
Amal teknik buang air kecil dua kali
Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘double voiding’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.
Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :
Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.
Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.
Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.
Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.
Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki adalah normal untuk anda bercita-cita mempunyai lengan yang mantap dan pejal. Bahagian yang sering menjadi tumpuan anda tak lain tak bukan ialah bisep dan trisep.
Malah dalam banyak tinjauan yang telah dilakukan antara anggota badan yang paling menarik perhatian wanita selain punggung ialah lengan dan juga perut.
Jadi tak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja tinggi dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan lengan yang ‘sado’. Tapi dengan hanya berharap sahaja ia tak akan menjadi kenyataan.
Buat anda yang mengidan otot lengan penuh berotot dan berurat, ikuti 5 langkah senaman mudah bagi mendapatkan apa yang diimpikan.
1. Curls
Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan. Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada.
Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.
2. One-leg rear-delt raise
Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan. Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.
3. Push up
Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.
Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.
5. Triceps down dog
Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat kemudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.
———————————————
Bagaimana… anda rasa boleh cuba senamam di atas? Untuk pengetahuan anda selain dapat melatih kekuatan otot, ia juga berguna dalam untuk menurunkan risiko terjadinya penyakit kronik seperti osteoporosis, arthritis, sakit punggung, dan bahkan depresi. Tapi jangan lupa juga untuk seimbangkan senaman dengan diet yang seimbang dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahu dahulu jenis obesiti sebelum anda berhasrat nak turunkan berat badan. Bila sudah tahu jenis obesiti yang anda alami maka mudah untuk anda memilih makanan terbaik untuk kurus.
Saintis telah mengenalpasti 6 jenis obesiti berdasarkan kawasan terkumpulnya lemak pada bahagian badan dan amalan yang boleh anda buat untuk mengatasi jenis-jenis obesiti ini.
1. Food obesity
Obesiti jenis ini terhasil daripada pengambilan makanan dan air yang berlebihan dengan perut yang menonjol dan lemak berkumpul pada bahagian atas badan. Penyelesaian mudah untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan mengurangkan jumlah pemakanan dan kandungan gula yang yang tinggi. Sebaiknya cuba bersenam selama 30 minit setiap hari untuk mengelakkan berlakunya obesiti jenis ini.
2. Nervous stomach obesity
Penyebab utama obesiti ini berpunca daripada tekanan. Malah kemurungan atau pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti ini. Untuk mengatasi obesiti jenis ini, anda haruslah mengawal aktiviti fizikal bagi tujuan untuk menguruskan masalah keletihan dan mengurangkan stres yang ada dalam diri anda.
3. Gluten obesity
Obesiti jenis ini lazimnya berlaku di kalangan wanita terutamanya semasa remaja, menopaus atau apabila mereka mengalami ketidakseimbangan hormon. Cara terbaik untuk mengendalikannya adalah dengan mengelakkan anda duduk di tempat yang sama untuk tempoh yang lama, melakukan senaman dengan berat dan mengelakkan pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok.
4. Atherogenic metabolic obesity
Jika anda tergolong dalam obesiti jenis ini, anda mempunyai perut yang sangat besar seperti belon. Kesemua lemak badan anda akan terkumpul di perut sehingga menyebabkan anda berdepan dengan masalah pernafasan terutamanya jika anda mengambil alkohol.
5. Venous obesity
Ini merujuk kepada obesiti yang berlaku akibat peredaran vena dan sering diwarisi. Ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang mengandung dan secara asalnya mempunyai kaki bengkak. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan banyak berjalan atau menaiki tangga.
6. Obesity as a result of inactivity
Ini adalah jenis obesiti yang memberi kesan kepada bahagian tubuh yang sebelum ini pernah aktif. Ia biasa berlaku di kalangan orang yang kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan lemak berkumpul pada banyak bahagian badan. Jika anda kategori obesiti ini, jangka masa yang panjang tanpa makanan akan membantu tubuh anda membakar lemak dan mempercepatkan metabolisme badan.