Sepanjang tempoh minggu lalu ramai yang memperkatakan tentang program i-Sinar, skim pengeluaran wang pencarum Kumpulan Wang Sipanan Pekerja (KWSP) seperti dibentangkan di belanjawan lalu. Petang semalam, KWSP telah mengumumkan secara terperinci mengenai siapa yang layak dan apakah kriteria yang perlu dipenuhi. Jika layak seramai lapan juta ahlinya dijangka menikmati skim ini.
Dalam kenyataan medianya semalam KWSP memaklumkan bahawa terdapat dua kategori pencarum yang layak memohon.
Bagi kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Bagi pemohon kategori berkenaan mereka boleh mula membuat permohonan secara dalam talian bermula 21 Disember dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
Kriteria bagi kategori 1
Cara Permohonan
BACA: Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Permohonan i-Sinar KWSP
Manakala bagi kategori 2 pula ia adalah untuk ahli yang masih lagi bekerja tetapi mengalmi pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas. Ini termasuklah pengurangan gaji, elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020. Dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti menerusi dokumen yang diberikan.
Bagi proses pengesahan, KWSP memerlukan beberapa dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Bagi kategori 2, permohonan boleh dilakukan menerusi laman sesawang sama bermula pada 11 Januari 2021. Status permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
Semoga perkongsian ini boleh melancarkan permohonan. Jika layak mohonlah untuk meringankan beban dan dugaan ekonomi melanda anda.
Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini dan menarik.