Jika Pemilik Kereta Tidak Tahu 6 Cara Periksa Brake Pad, Nyawa Dalam Bahaya!

Share

Fakta menunjukkan 22% kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada brake pad yang gagal berfungsi ketika kecemasan. Ini amat merbahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.

Situasi ini selalunya berlaku ketika kereta sedang laju dan tiba-tiba tidak boleh brek. Apa yang ingin MASKULIN tekankan di sini adalah ramai orang seringkali tidak memeriksa keadaan brake pada sama ada masih elok atau sudah tiba masa untuk diservis serta ditukar baharu.

Ikuti perkongsian tip memeriksa brake pad yang dibuat oleh sebuah Bengkel Kereta

yang berpusat di sekitar Lembah Kelang bagaimana untuk memeriksa keadaan system brake pad kereta anda.

BACA: ‘Saya Pernah Hadap Kerenah Pelangan Kaki Perah’, Lelaki Ini Dedah Realiti Kerja Menjual Kereta

Ikuti tips lengkap di bawah ini,

?? BAGAIMANA NAK TAHU BILA BRAKE PAD PERLU DITUKAR?

➡ ‘Brake Warning Lights’ = BRAKE PROBLEM

Ini ada pentunjuk paling mudah yang menunjukkan system brake anda problem. Punca utama ada samaada brake pad telah habis atau minyak brake berkurangan. Periksa jenis minyak brake yg kereta anda pakai pada penutup tangki minyak brek kereta anda supaya tidak salah pakai minyak.

➡ MINYAK BREK BERKURANGAN

Periksa paras minyak brek pada tangki atau tempat masuk minyak brek. Pastikan ianya sentiasa dalam paras maximum. Boleh tambah terus minyak brek atau bawa ke bengkel untuk proses bleeding system brake.

➡ BUNYI NYARING ATAU BISING KETIKA BREK DITEKAN

Apabila brake pad terlalu nipis melepasi tahap minimum atau tahap selamat, pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor. Bunyi nyaring yang terhasil dari geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.

➡ JARAK MASA BERHENTI LEBIH LAMA / JAUH (BRAKE TAK MAKAN)

Puncanya mudah, permukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau terlalu banyak habuk. Material brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia. Atau brake pad yang dipakai tidak berkualiti. Jika ini yang anda rasa, terus tukar atau servis system brake kerana ianya sangat bahaya. Bayangkan keadaan jika anda perlu brek emergency.

➡ STEERING BERGEGAR KETIKA BREK DITEKAN

Punca utama adalah brake rotor tidak rata, boleh cuba skimmed disc iaitu meratakan semula brake rotor atau jika sudah terlalu nipis, perlu terus tukar.

BACA: Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain

➡ TERASA KOSONG SEMASA TEKAN BREK

Ini mungkin berpunca sebab ada angin dalam salur minyak brek atau kerosakkan pada pedal brake itu sendiri. Jika ada angin, perlu buat proses bleeding semula di bengkel.

Published by
arif.karim