Kadangkala memilih jenis minyak wangi yang sesuai dengan bau badan agak sukar bagi seorang lelaki.
Ada yang suka bau kera, ada juga yang lebih suka bau bunga. Tapi apa yang pasti minyak wangi lelaki seharusnya mempunyai ciri-ciri jantan dan maskulin.
Jangan pula nanti tersilap beli bla anda lalu di sebelah rakan sendiri mereka fikir perempuan pula yang melintasi mereka.
Di bawah merupakan tujuh jenis minyak wangi yang MASKULIN syokan khusus untuk lelaki sejati!
Haruman terbaru ini merungkai ciri moden dan ekspresi klasikal kontemporari lelaki urban. Edisi ini turut melihat Gerard Butler sebagai wajah utama di samping meraikan gaya maskulin sofistikated juga cemerlang. Sesuai dengan tema Man Of Today, haruman dengan ekstrak kayu manis, nota epal dan aromatik oren berjaya membangkit esen lelaki sejati.
Setiap semburan membawa Aroma segar dari nota cedrat. Menyerlah keperibadian, sentuhan terbaru L’occitane ini adalah satu kejutan alam semula jadi yang wajib anda miliki.
edisi Lacoste L.12.12 Jaune ini diilhamkan dari perasaaan ceria, penuh motivasi, semangat dan tenaga positif. Sensual limau gedang dan aromatik cypress sangat mempersonakan. Kontor botol ringkas dengan rona kuning lemon menjadikan ia lebih ikonik dan sporty
.Perlindungan mantap terhadap bau badan dan bakteria. Haruman dengan rumusan FluidiPure8G ini mampu bertahan sepanjang hari walaupun anda seorang lelaki aktif. Saiz botol yang fleksibel memudahkan ia untuk dibawa ke mana sahaja.
Bau asli koktel daun limau, rempah, limau gedang, buah pelaga dan biji ketumbar menghasilkan resepi haruman eksotik yang hebat dipersembahkan. Tampil berbeza dengan reka bentuk botol silver unik, koleksi ini membawa rasa semburan sensual baru yang cukup mengghairahkan.
Dicipta dalam binaan botol kaca yang bercirikan kemewahan, wangian ini turut menzahirkan gaya klasikal juga nilai cabaran seorang lelaki. Haruman penuh lavender dan cedar tersedia menggamit keperibadian.
Lambang jejaka sofistikated, bingkisan botol bertekstur gelap ini menjanjikan semburan hebat buat setiap lelaki. Seleksi ciri tradisi ini meletakkan ia sebagai satu haruman unik meresap ke memori.