Tidak dinafikan ramai lelaki masuk ke gimnasium untuk mencuba segala jenis workout bagi mendapatkan tubuh idaman serta naikkan otot dada.

Selain mahu membina six pack dan lengan yang berurat, lelaki turut mahu membina dada besar yang seksi serta berketak.

BACA: Untuk Naikkan Otot Tubuh Dengan Cepat & Bakar Lemak, Lakukan 3 Jenis Senaman Ini

Jadi apa caranya?

Untuk menyelesaikan masalah itu, Maskulin berkongsi beberapa steps workout dan diharapkan ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan macho :

1. Chair Dips

Jika Mahu Otot Dada Bidang, Senaman Ini Boleh Bantu & Tak Guna Banyak Alatan Gym

Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.

Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.

Ads

Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.

Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.

Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi

2. Rotation Pushup

Jika Mahu Otot Dada Bidang, Senaman Ini Boleh Bantu & Tak Guna Banyak Alatan Gym

Ads

Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.

Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.

3. Pull Up

Jika Mahu Otot Dada Bidang, Senaman Ini Boleh Bantu & Tak Guna Banyak Alatan Gym

Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.

Ads

Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.

Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.

4. Plyometric Push Up

Jika Mahu Otot Dada Bidang, Senaman Ini Boleh Bantu & Tak Guna Banyak Alatan Gym

Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.

Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.

Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI