Jika Mahu Jadi Seorang Jejaka Kacak, Ini 5 Tabiat Tak Harus Anda Abaikan

Share

Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!

Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?

Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?

Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.

Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.

Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?

BERSIHKAN WAJAH

Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.

HALANG BAKTERIA

Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!

Foto: reviewed.com

PROSES BAIK PULIH

Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.

BANTU REGENERASI

Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.

KEKALKAN KELEMBAPAN

Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.

Tip Ekstra MASKULIN:

Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.

Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim