Memiliki kenderaan memang akan menyenangkan kerja kita dalam kehidupan seharian. Selain membawa kita dari poin A ke poin B, kereta juga menjadi ruang peribadi di mana di situlah banyak ilham tercipta.
Tapi ramai orang yang hanya tahu bawa kereta sahaja dan tak berapa peduli tentang ‘kesihatan’ kenderaan mereka. Sikap sambil lewa inilah yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri bila kereta mula rosa akibat tidak diservis.
Selain itu tindakan tak mempedulikan kondisi semasa kereta boleh menyebabkan kemalangan. Tak percaya? Cuba fikir tentang brek kereta. Sudoah banyak kejadian kemalangan berlaku disebabkan brek tidak berfungsi dengan baik.
Dan ini disebabkan oleh kecuaian pemilik kenderaan yang memandang perkara ini sebagai remeh sedangkan ia boleh meragut nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.
Ads
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
MENGELUARKAN BUNYI
Ads
Sesetengah kereta model terkini dilengkapi dengan sensor yang akan memberitahu kita bahawa brek pad perlu diganti. Namun tak semua kereta terbina dengan sensor tersebut. Oleh itu anda perlu peka dengan kenderaan sendiri. Jika ada bunyi keluar ketika anda membrek itu bermakna brek pad sudah semakin menipis.
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.
KENA TEKAN DENGAN KUAT
Ads
Antara kondisi paling ketara ialah anda perlu tekan brek dengan kuat untuik pastikan kereta berhenti. Kadangkala perlu tekan brek rapat ke lantai kereta.
Ini kerana ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
SIMBOL PERINGATAN
Ya, kalau anda nak tahu kebanyakan memang dilengkapi lampu peringatan brek yang menyala seketika apabila enjin dihidupkan. Namun jika ia menyala ketika sedang memandu, ia bermakna bendalir pada brek rendah. Ini mungkin disebabkan ada kebocoran atau masalah silinder brek.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Telah tular dalam media sosial baru-baru ini apabila kelibat dua kereta peronda polis yang bermodelkan Honda Civic Type R kelihatan merentasi beberapa buah jalan di ibu kota.
Ujar Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa, kereta model berkenaan sebenarnya cuma dipinjam sahaja.
Dipinjam untuk lihat kesesuaian
Tujuan kereta berkenaan dipinjam adalah untuk dipandu uji pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melihat sejauh mana keserasian pasukan tersebut dengan jentera berkenaan.
Tambahan pula, ia juga merupakan cadangan daripada pihak Honda bagi membolehkan PDRM menjalankan penilaian teknikal dengan lebih efektif.
PDRM nilai 3 hingga ke 6 bulan
Tajudin turut memberitahu agensi media tempatan, kereta berkenaan dipinjam dan dipandu uji dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Kemudian, kereta yang turut menerima jolokan nama FK8R ini akan dipulangkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos.
Keupayaan Honda Civic Type R
Model kereta FK8R ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter VTEC Pengecaj Turbo yang menjanjikan kuasa maksimum 310PS pada 6,500 rpm.
Manakala tork maksimum pula boleh mencecah sehingga 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm dan harga pasarannya ketika ini adalah RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.
Andai kata PDRM jadi guna kereta model ini membanteras penjenayah dalam negara, cun tak cun?
Kena pula kalau yang bawa tu abang polis yang hensem, cairlah hati para gadis melihat jejaka yang tampan segak memberkas penjenayah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rata-rata pengguna jalan raya hari ini menjadikan aplikasi Waze sebagai salah satu aplikasi GPS Navigasi yang cukup digemari. Anda tidak perlu pening sebab aplikasi Waze akan membantu anda mencari lokasi dan tempat yang anda ingin tuju.
Dalam pada ia memudahkan, ada juga beberapa situasi di mana aplikasi Waze akan membawa anda masuk ke jalan yang ‘merepek’ dan tidak selamat. Siapa yang tidak panik kalau tersalah masuk jalan dan kebetulan anda tengah drive sorang!
Jadi bagi mengelakkan anda tersesat, pastikan anda setting aplikasi Waze ini dengan cara yang betul. Cara-caranya telah dikongsikan oleh Aida Joseph menerusi Facebooknya.
Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan ?
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu ?
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
1. Masuk aplikasi Waze & pilih setting
2. Tick pada pilihan yang berkenaan
3. On button elak jalan sungai, jalan berbelit dan sebagainya
4. Akhir sekali, pilih Don’t allow
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuba anda fikir berapa lamakah masa anda habiskan berada di dalam kereta. Mesti agak lama juga, bukan? Kalau bekerja dari rumah itu lain pula halnya. Tapi kebiasannya ramai yang berulang-alik ke tempat kerja. Kita juga banyak menggunakan kereta untuk ke pelbagai destinasi lalu menjadikannya sebagai lokasi yang banyak kita luangkan masa. Tapi sejauh mana anda jaga kebersihan tempat duduk kereta atau carseat?
Apatah lagi jika kereta anda sudah berusia 5 tahun ke atas. Tahukah anda bahawa kajian pernah dilakukan dan mendapati ia lebih kotor daripada tandas?
Malah banyak kotoran dan kuman yang didapati di atas carseat tidak jauh bezanya dengan apa yang ada di dalam tandas.
Ini kemungkinan besar berlaku apabila kondisi di dalam kereta tidak dibersihkan dengan baik terutamanya di bahagian tempat duduk. Apabila tidak dijaga dengan baik pelbagai jenis kuman boleh muncul dan hidup dengan bebdas di dalam kereta.
Kalau tahu beberapa jenis kuman di bawah boleh wujud dalam kereta pasti anda nak pergi basuh kereta sekarang.
E.COLI
Bayangkan tisu yang anda pernah gunakan untuk lap hidung ketika memandu dan ditinggalkan di dalam kereta. Ini membuatkan ada kemungkinan bakteria E.coli diindahkan ke atas tempat duduk.
Dan seperti mana yang kitatahu bakteria ini boleh menyebabkan cirit-birit dan juga kegagalan buah pinggang berfungsi dalam kes yang lebih serius.
BACILLUS CEREUS
Ada sesetengah orang suka mengangkat kaki di atas belakang atau di atas tempat duduk. Kemungkinan sebelum itu anda berkaki ayam di luar dan membawa masuk kotoran tanah lalu terjatuh ke bahagian letak minuman.
Malang menimpa apabila kotoran itu mengandungi bakteria bacillus cereus yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu binatang peliharaan juga ada potensi membawa masuk bakteria ini ke dalam kenderaan.
SALMONELLA
Ramai orang suka makan dalam kereta. Mungkin disebabkan ingin cepat atau jimat masa terutamanya apabila dalam perjalanan ke tempat kerja. Tapi tanpa sedar makanan lebihan yang terjatuh je dalam kereta boleh menjadi penyebab bakteria seperti salmodella untuk membiak.
Kanak-kanak serta warga emas yang mempunyai tahap sistem imunisasi rendah berdepan risiko tinggi bila terdedah kepadanya. Biasanya ia boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk.
KULAT & FUNGI
Lebihan makanan yang terjatuh di dalam kenderaan juga boleh menjadi punca pembiakan kulat dan fungi. Ini terutamanya makanan atau minuman yang basah dibiarkan terlalu lama di dalam kenderaan. Walaupun ia tidaklah membawa risiko terlalu tinggi namun ia boleh beri kesan buruk kepada individu mempunyau alahan dan lelah.
Jadi bersihkanlah kenderaan anda terutamanya di bahagian dalam dengan kerap.
Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk kandungan video yang menarik tentang gaya hidup trendy lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...