
Melihat transformasi yang dilalui oleh pelakon muda popular yang lahir dari Pertandingan Hero Remaja satu ketika dahulu mungkin mampu dibanggakan kini. Dari pemuda yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri, dia berubah menjadi seorang yang sangat berani dan tabah hadapi segala kritikan yang hadir pada dirinya.
Sempat mendekati Fattah Amin, 27 di majlis Meet And Greet AJ De Parfum, menyatakan hasrat murninya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah pada 15 Oktober ini.
“Ini merupakan umrah pertama mereka dan kali kedua buat saya, mungkin sudah tiba saya bawa ibu dan ayah ke tanah suci untuk beribadah”, di samping turut mengulas agar mendoakan yang terbaik untuk jodohnya.
“Sekiranya jodoh saya tiba, saya akan beritahu kepada semua dan tidak akan menyembunyikan perihal gembira tersebut, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga tidak menolak jika jodoh saya dengan wanita yang sedikit berusia, lagipun umur sekadar umur tiada apa-apa yang perlu dipertikaikan.
Ayuh kita lihat transformasi pelakon muda ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
9 Ciri Lelaki Masih Teruna?

- Lelaki teruna sikapnya lebih cenderung kepada suka mencuri pandang perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna kerana mereka ini lebih gemar untuk melihat hanya pada bentuk tubuh wanita.
- Lelaki teruna ini akan segera mengalihkan pandangan apabila bertentangan mata dengan wanita yang cantik manakala lelaki yang tak teruna ini pula lebih bijak untuk mengekalkan pandangan ketika bertentangan mata.
- Lelaki teruna ternyata akan lebih menunduk apabila dipandang oleh wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk menutup senyum) berbanding dengan lelaki yang tak teruna hanya menunjukkan reaksi bersahaja.
- Lelaki teruna akan berasa malu untuk membuka mulut ketika makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Malahan lelaki teruna juga akan berlagak seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
- Lelaki teruna pula jantungnya akan berdegup dengan kencang terutamanya apabila mendapati ada wanita cantik menyukainya berbanding lelaki yang tidak teruna kerana mereka akan lebih bersahaja tanpa sebarang reaksi.
- Lelaki teruna juga kadangkala sangat membosankan apabila sedang bercinta. Ini kerana gayanya yang agak “polos” dan kaku ketika bersama pasangan. Tapi mereka juga akan sering berlagak untuk menarik hati pasangan.
- Lelaki teruna juga sudah semestinya akan sanggup untuk menghabiskan banyak wang untuk membahagiakan pasangannya dengan tujuan untuk menambat hati pasangan secara berterusan.
- Lelaki teruna juga kadangkala terlalu sensitif. Mereka akan sering bersusah payah untuk menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan berasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
- Lelaki teruna juga sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan bahawa tiada yang secantik pasangannya. Mereka bukan sahaja bercerita dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan malah dengan keluarganya juga.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Cara Simple Nampak Kacak Di Hari Raya, Tak Perlu Nak ‘Kering Poket’ Pun

Nak tampak kacak di hari raya? Yelah time rasaya la kita berjumpa kembali dengan sanak saudara dan rakan taulan tapi tak perlu la sampai kering poket atau memecahkan tabung semata-mata mahu jadi kacak bergaya. Nah ikut je 5 rutin penjagaan wajah mudah ni!
1. Bersihkan muka
Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.
2. Sental
Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.
3. Melembab
Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikkan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikkan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?
4. Jerawat jangan dipicit
Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau. (Foto:
5. Rapi
Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim atau dirapi kemas dan disisir jika perlu. Macam ini barulah ‘hensem’
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kaedah Paling Selamat Keluarkan Air Dalam Telinga Ketika Mandi-Manda, Paling Penting Jangan Guna Jari!

Tidak dapat dinafikan sejak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri serta pembukaan kepada hampir semua sektor ekonomi rakyat Malaysia berpusu-pusu tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti.
Di antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai ialah lokasi percutian seperti pantai, pulau, air terjun dan sungai yang cantik. Tidak kurang juga yang lebih selesa untuk bercuti di hotel-hotel terkenal yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah kolam renang.
Tambahan pula dengan cuaca panas bersilih ganti dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini aktiviti mandi-manda memang sangat popular. Setelah hampir dua tahun berkurung, pastinya keturajaan itu akan lebih dirasai terutamanya oleh anak-anak.
Namun di sebalik keterujaan tersebut ada beberapa perkara yang harus anda beri perhatian terutamanya ketika melakukan aktiviti tersebut. Selain faktor keselamatan kejadian air masuk ke dalam telinga juga perlu ditanagani dengan baik.

MASKULIN tertarik dengan hantaran dari Mythbusters Malaysia di Facebook mereka di mana penjelasan tentang kaedah terbaik untuk keluarkan air dalam telinga dengan betul dan selamat.
Menerusi perkongsian tersebut Mythbusters Malaysia menerangkan tentang kaedah paling selamat untuk mengeluarkan air dalam telinga. Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
JIKA DIBIARKAN LAMA
Jika dibiarkan air tersebut berada lama dalam telinga boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau otitis externa. Manakala andai kata telinga dikorek dengan menggunakan jari atau apa-apa alatan pula boleh menyebabkan berlakunya luka dan membawa kepada lebih risko jangkitan kuman.
Jadi bagaimana hendak keluarkan air yang tersumbat dalam telinga ini? Berikut antara kaedah dan langkah boleh dilakukan.
1. Keringkan bahagian luar telinga denga kain .
2. Elak memasukkan kain/kapas dalam lubang telinga
3. Sengetkan/telengkan kepala, tekap tapak tangan ke cuping telinga dan kemudian tarik tangan dengan pantas. Lakukan beberapa kali sehingga air yang tersumbat keluar daripada telinga
4. Atau, sengetkan kepala dan tarik cuping telinga agar laluan lubang telinga menjadi lurus dan memudahkan air yang tersumbat keluar.
5. Boleh juga menggunakan alat pengering rambut. Setkan pengering rambut kepada kepanasan paling rendah dan halakan kepada telinga. Pastikan jarak jauh daripada telinga (lebih kurang sekaki)
6. Elakkan menjolok lubang telinga dengan jari atau kuku, kapas pengorek telinga atau apa-apa alatan tajam mahupun tumpul untuk elak risiko kecerderaan dan terkena gegendang telinga.
JIKA BERLAKU JANGKITAN DALAM TELINGA
Seandainya terdapat atau berlakunya jangkitan di dalam telinga sila perhatikan kepada beberapa gejala seperti berikut;
1. Kegatalan dalam telinga
2. Kemerahan dalam laluan lubang teliga
3. Rasa sakit dan tidak selesa. Rasa sakit ini akan lebih ketara apabila bahagian luar telinga di sentuh
4. Terdapat cecair jenih dan tidak berbau keluar dari telinga.
Maka sekiranya alami gejala seperti di atas, rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi ubat titis telinga yang sesuai bagi mengatasi masalah jangkita kuman yang berlaku.
Kredit: Mythbusters Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI