Ramai yang tak tahu jus timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.
Lebih-lebih lagi jika anda sering menjadikan timun sebagai antara bahan serta rutin pemakanan yan utama di samping menu lain.
BACA: Jus Epal Boleh Bantu Anda Kuruskan Badan, Ini Antara 4 Khasiat Lain Ramai Tak Tahu
Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah yang MASKULIN
sediakan untuk para pembaca :Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!