Ramai yang tak tahu jus timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.
Lebih-lebih lagi jika anda sering menjadikan timun sebagai antara bahan serta rutin pemakanan yan utama di samping menu lain.
BACA: Jus Epal Boleh Bantu Anda Kuruskan Badan, Ini Antara 4 Khasiat Lain Ramai Tak Tahu
Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah yang MASKULIN sediakan untuk para pembaca :
1. Bantu cegah kanser
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
2. Boleh turunkan berat badan
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
3. Mencegah tekanan darah naik
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
4. Mencegah penuaan dan melawan radikal bebas
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kau Tu Dah Lah Gemuk! Tahu Tak Betapa Sakitnya Rasa Bila Dikatakan Begitu!
Memang perit bila orang berkata mengenai berat badan kita, dah la anda asyik berdiet, tapi berat masih sama, tak juga mahu berubah. Rakan pula membuatkan anda lebih tertekan! Tidak mengapa caba bertenang dan elak 5 perkara ini. Semoga berat badan anda akan susut dalam masa terdekat dengan mudah!
1.Kurangnya Waktu Tidur
Badan kita cepat gemuk dengan paling mudah adalah kerana berjaga malam . Ketika kita berjaga malam dengan tidak tidur semalaman , membuat kita ingin mengunyah makanan seperti snek atau makanan ringan setiap waktu bagi mengelakan mengantuk . Padahal mengunyah snek atau makanan tidak membuatkan perut anda kenyang sebaliknya hanya boleh menimbun lemak dalam tubuh dan menyebabkan kegemukan
- Stress
Stress juga merupakan faktor utama kenapa anda cepat gemuk. Kerana dengan stres kita seringkali melepaskan pada makanan kerana berfikiran bahawa dengan makan fikiran kita kembali segar . Justeru itu ketika stress kuantiti makan kita akan meningkat daripada biasanya.
- Pegambilan ubat – ubatan
Pengambilan ubat – ubatan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan badan seseorang menjadi cepat gemuk . Ini kerana, sebahagian besar ubat dapat menyerap nutrisi dan tenaga dari tubuh manusia sehingga mengakibatkan badan merasa lemas dan mengalami rasa haus dan lapar yang tidak tertahan . Jadi berhati – hatilah ketika anda mengambil ubat diet .
4.Pemakanan Yang Tidak Sihat
secara umum pola makan diet kita selalunya tidak sihat. Makanan sehari kita dipenuhi oleh bahan- bahan proses yang tidak baik untuk kita . Jumlah makanan yang dimakan sehari pun biasanya diluar kawalan. Sayuran dan buah-buahan jarang sekali kita ambil walaupun kita dalam proses diet,tetapi sebaliknya kita lebih tertarik dengan makanan dikedai mamak dan restoran makanan segera seperti KFC ,McDonald dan restoran makanan segera yang lain. Kita juga seringkali keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi kerana budaya sebeginilah yang membuat kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
- Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga berperan dalam menentukan keturunan mereka akan lahirnya anak yang gemuk atau kurus. Tetapi sekiranya pola pemakanan terjaga dan sihat,mungkin masalah genetic gemuk akan dapat di atasi.
Sumber : Diari Kurus
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dedikasi & Komitmen NISSAN Mengangkat Gaya Hidup Cergas Bersama REDLINE Fitness Games
Pertandingan atau acara mencabar kemampuan fizikal seperti kekuatan, kestabilan dan kepantasan kini cukup popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan.
Saban tahun kita dapat melihat pelbagai jenis penganjuran telah dianjurkan yang menarik penyertaan ribuan peserta. Lebih menarik penganjuran aktiviti fizikal ini turut melibatkan sokongan daripada pelbagai syarikat dan jenama komersial.
Untuk pertandingan REDLINE Fitness Games yang bakal diadakan pada 23 dan 24 September nanti, jenama automotif tersohor iaitu Nissan menjadi salah satu nadi penggerak utamanya.
Bersempena penglibatan mereka pada skala besar untuk penganjuran pada edisi kali ini, MASKULIN telah sempat menemubual Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan.
Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama beliau tentang apa peranan dan objektif utama jenama NISSAN dalam acara ini.
Untuk pertandingan kecergasan seperti REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN, apakah peranan NISSAN dalam meletakkan jenamanya selari dengan objektif seperti acara ini?
Sebagai Rakan Penaja Utama Rasminya, NISSAN memainkan peranan aktif dalam membentuk keseluruhan pengalaman REDLINE Fitness Games. Prinsip asas jenama NISSAN yang merangkumi semangat prestasi, inovasi dan keterujaan, adalah teras kerjasama ini.
NISSAN percaya dalam mencipta pengalaman yang menghubungkan teknologi canggih dengan kehidupan seharian. Oleh itu, penajaan acara ini adalah langkah strategik dalam menghubungkan jenama dengan individu yang berminat dalam kecergasan, kesihatan dan inovasi. Ini adalah manifestasi misi NISSAN untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai.
Komitmen NISSAN untuk memberi inspirasi kepada individu untuk sentiasa mencapai had mereka adalah selaras dengan etos acara ini. Melalui kerjasama ini, NISSAN berharap untuk membantu membina budaya kecergasan dan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia.
Adakah pemerkasaan gaya hidup sihat menjadi salah satu perkara yang cukup signifikan dalam penjenamaan NISSAN?
Ya, pemerkasaan gaya hidup sihat adalah salah satu perkara yang amat penting dalam penjenamaan NISSAN. Falsafah kami tidak terhad kepada pembuatan kenderaan, tetapi meliputi penglibatan dalam inisiatif yang menyokong gaya hidup aktif dan sihat.
Ini mencerminkan komitmen NISSAN untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk pelanggan kami.
Di NISSAN, kenderaan bukan sahaja satu alat pengangkutan, tetapi medium untuk mencipta pengalaman yang positif dan memperkaya. REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN adalah simbol dedikasi NISSAN untuk mendorong individu ke arah mencapai matlamat peribadi mereka, sama ada dalam bidang kecergasan atau inovasi.
‘Discover Excitement’ menjadi moto NISSAN pada masa kini. Adakah acara ini mampu membangkitkan penerokaan keseronokan seperti itu?
Moto NISSAN ‘Discover Excitement’ mencerminkan nilai dan misi kita untuk menawarkan produk dan pengalaman yang menarik. Ia juga mencerminkan keinginan NISSAN untuk memberi inspirasi kepada pelanggan melalui inovasi dan reka bentuk.
Kami percaya bahawa pertandingan kecergasan seperti REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN bukan sahaja mempromosikan jenama, tetapi juga membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan dan komuniti.
Adakah sebarang cabaran di dalam acara ini turut menampilkan sebarang penggunaan jentera NISSAN?
Baru-baru ini, kami telah mengumumkan bahawa hadiah cabutan bertuah untuk acara ini ialah NISSAN Almera. Terkenal dengan reka bentuk yang menawan, teknologi canggih terkini dan pengendalian yang unggul, NISSAN Almera adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mementingkan gaya dan teknologi.
Selain itu, pameran atau demonstrasi kenderaan NISSAN akan dipamerkan pada acara tersebut, memberi peluang kepada peserta dan penonton untuk menghayati keunikan dan daya tarikan jentera NISSAN. Sebagai acara kemuncak khas pengaktifan acara, empat peserta terhebat akan menunjukkan kekuatan dan ketahanan mereka dengan menyahut cabaran menarik NISSAN Navara.
Kenapa NISSAN memilih untuk berkolaborasi dan menjadi rakan terbesar REDLINE?
NISSAN memilih untuk bekerjasama dengan REDLINE kerana kami melihat penjajaran yang kukuh antara nilai dan objektif kedua-dua entiti.
Inovasi, pengembaraan dan mengejar had adalah nilai teras yang memacu NISSAN, dan kami melihat refleksi yang sama dalam REDLINE Fitness Games.
Kerjasama ini juga memberi peluang kepada NISSAN untuk membina komuniti yang mempunyai minat terhadap kecergasan dan kesihatan, sesuatu yang kami rasa amat penting dalam membangunkan gaya hidup sihat dalam masyarakat.
Apakah harapan terbesar dari NISSAN untuk acara REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN pada tahun ini?
Harapan terbesar kami untuk acara REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN tahun ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada individu ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Kami melihat ini sebagai peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat melalui peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan fizikal dan mental.
Komitmen NISSAN terhadap inisiatif ini juga mencerminkan aspirasi jenama kami untuk menjadi peneraju dalam inovasi dan kemampanan. Acara ini menyediakan platform untuk mengukuhkan lagi jenama NISSAN di Malaysia dan serantau, menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti, prestasi dan kecemerlangan.
Kami juga berharap acara ini akan menjadi sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk mengukuhkan kedudukan NISSAN dalam pasaran. Dengan menyokong acara yang berkongsi nilai yang sama seperti jenama kami, kami ingin mengukuhkan identiti NISSAN sebagai jenama yang dinamik, progresif dan bertanggungjawab dari segi sosial.
Kerjasama ini juga menunjukkan keinginan kami untuk berhubung lebih rapat dengan komuniti kami, membina hubungan dengan pelanggan dan peminat NISSAN, serta memberikan pengalaman yang berkesan dan bermakna.
Secara keseluruhannya, kami berharap acara ini akan menjadi titik permulaan yang menggalakkan lebih ramai individu meneroka potensi mereka, mendorong mereka untuk mencapai yang terbaik, dan membantu membangunkan masyarakat yang lebih sihat dan aktif, selaras dengan misi dan visi NISSAN.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cuci Darah Dengan 10 Makanan Ini
1.Epal
Epal kaya akan pectin, sejenis serat yang mengikat kolesterol dan metal berat dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.
2.Avocado
Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol. Avocado akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.
3.Ubi bit
Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tak hanya itu, bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.
4.Blueberry
Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Tak hanya itu, blueberry juga baik untuk mencegah infeksi.
5.Kobis
Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam merokok atau asap rokok.
6.Cranberry
Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus
7.Bawang putih
Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus, dan bahan-bahan toksik dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.
8.Grapefruit
Buah grapefruit mengandung serat yang boleh mengikat kolesterol dan membersihkan darah. serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.
9.Kunyit
Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran darah.
10.Teh
Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI