Jika Ingin Kembali Ke Seluar Saiz 30, Ini Cara Untuk Anda Capai Impian Itu

Share

“Aku pernah kurus.”

Ya, itulah dilema kebanyakan lelaki. Majoritinya memang pernah memiliki tubuh badan yang kadar BMI berada di peringkat normal.

Namun seiring dengan peredaran masa, peningkatan usia, faktor tak bersenam dan tak menjaga makan maka perut anda pun turut maju bersama.

Kalau buka almari pun pasti ada pakaian terutamanya seluar yang bersaiz lebih kecil daripada sekarang. Anda tak teringin untuk kembali kepada bentuk badan seperti dulu. Masih belum terlambat untuk anda berubah!

Ikuti cara berikut untuk atas masalah perut buncit dengan segera.

Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi

Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisme tubuh.

Minum Banyak Air Putih

kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk membantu membakar kalori dalam tubuh.

Jauhi Atau Kurangkan Garam

Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan masin yang berkumpul pada bahagian perut.

Senaman Secara Rutin

Ramai yang buat sit up tapi perut yang buncit tidak dapat dikempiskan juga kan? Sebab apa? Sebab jika perut buncit biasanya badan juga agak gemuk kan, jadi seharusnya anda menurunkan berat badan terlebih dahulu. Apabila berat badan menurun, secara automatik perut juga akan mengecil. Selepas berat badan sudah mulai turun, barulah korang boleh melakukan senaman untuk mengecilkan perut buncit.

BACA: Sejauh Manakah Kebenaran Bahawa Buah Pinggang Akan Rosak Jika Terlebih Minum Air

Kurangkan Pengambilan Gula

Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu

Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.

Apalagi yang anda tunggu? Sekarang MASKULIN dah kongsi petua. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.

All the best!

Published by
Farizul Izwany