Rasa penat dan tak bertenaga sangat walaupun baru je bangun tidur, ha itu tanda tubuh korang letih. Tapi pelik juga kenapa tubuh letih walaupun tak buat keja apa-apa. Akibatnya, seharian anda rasa kurang bermaya dan tidak dapat fokus pada satu kerja pun. Moody pulak tu!
Ni 10 faktor penyumbang kepada keletihan badan. Selain kurang tidur, apakah yang menyebabkan badan cepat letih?
1. Kurang minum air
Bila badan kurang air, darah menjadi pekat menyebabkan perjalanannya ke seluruh badan menjadi lambat, dalam masa yang sama, jantung juga berdegup lambat seperti biasa menjejaskan pengaliran oksigen dan nutrisi ke otot serta organ badan. Itu yang menyebabkan badan letih dan lesu kerana kurang oksigen dan nutrisi yang diperlukan.
2. Tidak ambil/lewat sarapan
Waktu pagi memang sibuk kerana banyak yang perlu diuruskan sebelum bergerak ke tempat kerja hingga tidak sempat hendak makan sarapan pagi. Sebenarnya anda perlu makan selepas sejam bangun tidur. Apabila tiada makanan dalam badan, maka menjadi punca badan letih dan mengantuk kerana kekurangan tenaga.
3. Kurang pengambilan zat besi
Amalkan makan kacang, telur, tofu, sayur-sayuran hijau gelap, kacang lepa dan makanan tinggi vitamin C.
Ads
4. Banyak makan ‘junk food’
Kerap makan junk food dan processed food antara faktor utama badan mudah letih kerana kandungan gula dan garam yang tinggi mengurangkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
5. Terlalu banyak berfikir
Anda memandang satu isu atau tugasan sebagai satu bebanan yang berat sehingga terlalu memikirkannya. Akibatnya mental anda cepat terasa penat dan mengganggu badan secara keseluruhan. Senaraikan perkara yang penting dan cuba utamakan perkara mengikut keutamaan supaya fikiran tidak terbeban.
Ads
6. Anda mahu jadi ‘perfectionist’
Apabila anda ingin menjadi dan kelihatan seorang perfectionist, anda cenderung melakukan sendiri dari sekecil-kecil perkara hingga semuanya demi mencapai result kerja yang diingini. Hasilnya, anda letih dari segi emosi dan tenaga.
7. Meja berselerak
Kajian dari Universiti Princeton mendapati meja kerja yang berselerak sebenarnya membuatkan anda tidak dapat fokus dengan sebaiknya. Selain itu, ia juga mengehadkan kemampuan otak untuk berfikir. Ini semua membuatkan badan cepat letih kerana banyak gangguan di sekeliling anda.
Ads
8. Memikirkan hal pejabat meskipun sedang bercuti
Anda sering memikirkan hal berkaitan dengan pejabat meskipun anda sedang bercuti di rumah. Pada waktu cuti, anda sepatutnya merehatkan minda dan badan bukannya setiap jam, check e-mel pejabat dan menyelesaikan masalah berbangkit dari rumah.
9. Leka layari internet sebelum tidur
Mata sudah mengantuk dan sambil berbaring, anda pun melayari internet di handphone. Diam tak diam, rupanya sudah dua jam anda sibuk membaca e-mel dan FB. Secara tak langsung, anda masuk tidur melampaui waktu yang sepatutnya.
10. Minum minuman berkafein sepanjang hari
Paling banyak anda boleh minum pun adalah antara satu hingga tiga cawan satu hari. Jika melebihi daripada itu, boleh menjejaskan putaran waktu tidur dan jaga anda. Pastikan juga anda minum kopi enam jam sebelum waktu tidur kerana anda mungkin tidak boleh tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai matlamat yang jelas. Ia seharusnya munasabah dan boleh diterima akal manusia. Tulis matlamat anda dan letakkan ia di tempat yang mudah anda lihat agar anda terus motivasi.
Minum teh. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang minum teh hitam, hijau, atau putih-mempunyai BMI yang lebih rendah dan lemak badan yang kurang daripada mereka yang tidak menjadikan teh sebagai habit.
Makan lada cayenne. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan plasebo, capsaicin bahan aktif dalam cayenne-pembakaran lemak lebih tinggi dari jenis lada yang lain.
Kurangkan / menghapuskan karbohidrat yang diproses. Mereka tidak dapat membantu anda dalam menurunkan berat, malah mereka hebat dalam menambahkan berat badan anda.
Makan lebih banyak sayuran. Mereka buat perut anda terisi, menyediakan banyak serat dan hanya mempunyai sedikit saja kalori yang tidak membahayakan.
Makanan tambahan dengan pil minyak ikan. Satu kajian yang diterbitkan dalam lipids dimana kajian telah dijalankan terhadap tikus yang dipertingkatkan EPA dan DHA a.k.a. minyak ikan. Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang memakan makanan yang lebih tinggi dalam lemak omega-3 mempunyai pengurangan lemak badan yang ketara.
Latihan full body. Pelan senaman anda tidak seharusnya hanya tertumpu pada satu kawasan. Sebaliknya, lakukan latihan yang menggunakan seluruh badan anda. Fikirkan: squats, deadlifts, dan pushups. Anda akan mendapat lebih banyak pencapaian untuk setiap latihan anda.
Mulakan makanan anda dengan salad. Salad akan menyediakan sebahagian besar untuk membantu mengisi perut anda supaya anda makan kurang kalori secara keseluruhan.
Jangan lupa serat. Pikirkan serat seperti spons, ia menyerap air dan membuat anda berasa kenyang.
Minum air. Profesor Dr. Brenda Davy dan pasukannya dari Virginia Tech University mendapati bahawa minumi 2 cawan air sebelum makan dalam setiap hidangan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang lebih besar selepas 12 minggu. Sebabnya? Ia membantu perut anda berasa penuh.
Simpan jurnal makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk record apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.
Timbang sendiri. Kajian menunjukkan berat badan setiap hari membantu meningkatkan usaha penurunan berat badan. Jangan terlalu taksub dengan nombor tersebut. Anda mampu mengubahnya.
Makan telur keseluruhan. Harian. Satu kajian yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu menunjukkan bahawa mereka yang makan telur sebiji mampu untuk meningkatkan HDL (baik) kolesterol.
Makan sebahagian besar makanan anda di A.M. Kemudian kurangkan [engambilan pada sebelah petang dan jangan makan pada waktu malam. Satu Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan bahawa makan kebanyakan kalori anda pada waktu pagi mempengaruhi perubahan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat faktor-faktor lain turut mempengaruhi jumlah air yang perlu kita ambil dalam sehari. Antaranya adalah
1.Berat Badan
Semakin besar atau lebih berat badan seseorang itu, maka lebih banyak air yang diperlukan.
Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan cecair. Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk senaman yang ringkas, tetapi senaman yang berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak.
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.
Berada pada tempat yang amat tinggi
Tahap ketinggian yang lebih daripada 8200 kaki (2,500 meter) boleh mengakibatkan pembuangan air kecil yang lebih kerap serta pernafasan yang lebih cepat. Penggunaan rizab cecair yang berlebihan akan mendorong kita untuk minum air yang lebih.
Pengambilan minuman beralkohol
Pengambilan minuman beralkohol akan mendatangkan perubahan kimia dalam darah kita dan merangsang buah pinggang kita untuk menghasilkan lebih banyak air kencing. Minuman segelas alkohol sudah cukup untuk mendorong seseorang berkencing dalam masa 20 minit. Kencing yang berlebihan akan menyebabkan tubuh badan kita dehidrasi.
Berada dalam iklim yang sangat panas atau sejuk
Cuaca yang panas atau lembabp boleh membuat kita berpeluh dan memerlukan pengambilan tambahan cecair. Udara dalaman yang dipanaskan juga boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan semasa musim sejuk.
Ketika sakit atau kurang sihat
Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah atau cirit-birit, badan kita kehilangan banyak cecair (dehidrasi). Dalam keadaan ini, anda mesti minum lebih banyak air. Dalam kes jangkitan pundi kencing atau batu saluran kencing, cecair tambahan juga diperlukan.
Apa akan terjadi jika minum lebih air?
Sekiranya badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya boleh mendapat sakit buah pinggang.
Walau apapun, bersederhanalah dalam pengambilan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 4 liter air sehari bagi terutamanya jika anda berdiet atkins. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah kegemukan badan pasti merunsingkan setiap orang tak kira lelaki atau wanita . Biasanya badan yang mengeleber dan lembik sering dikaitkan dengan gemuk air oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita dalam kategori gemuk air.
Jadi, ini merupakan penyelesaian terbaik bagi kamu yang mengalami masalah gemuk air ini.
1. Jadikan Air Kosong Teman Karib Kamu
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2. Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam.Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh.Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.
3. Bersenam Guys!
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5. Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
6. Makan Pisang
Tambahkan pisang dalam menu harian anda. Potongannya pisang boleh dimasukkan dalam bijirin, dibuat smoothie atau dikupas dan dimakan macam biasa. Pisang mengandungi banyak potasium yang membantu mengurangkan retensi air. Jika anda tidak menggemari pisang, pilihan lain yang terbaik adalah kismis.
7. Yoghurt
Terlalu banyak menikmati makanan manis boleh menyebabkan perut kembung. Jika anda berlebihan makan makanan yang manis dan mula merasakan efeknya, cubalah makan yoghurt rendah lemak yang mengandung kultur aktif. Fungsi kultur aktif ini adalah meningkatkan bakteria baik dalam perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.