Dalam banyak-banyak produk penjagaan diri, produk berkaitan dengan wajah adalah paling penting untuk diberikan perhatian. Sebaran produk yang tidak sesuai bukan sahaja boleh menyebabkan kegatalan tetapi merosakkan kulit wajah anda yang kacak.
Pertama sekali MASKULIN ingin nasihatkan anda , usahlah terlalu percaya dan termakan gimik pemasaran serta pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Berikut MASKULIN ingin tegaskan jika anda mengalami gejala seperti di bawah, sila BERHENTI gunakan produk wajah tersebut dengan SEGERA!
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kulit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroksida yang banyak.
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Ramai yang kata kulit mengelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit mengelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Sebaiknya sebelum anda membeli atau menggunakan mana-mana produk wajah dapatkanlah dahulu pendapat daripada mereka yang pakar. Jika ragu-ragu jangan beli dahulu. Dapatkan pendapat yang kedua sebagai langkah berjaga-jaga.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki seperti di bawah!