Jangan ambil ringan dengan penyakit darah tinggi. Jika anda salah seorang pesakit darah tinggi, pastikan anda mengambil ubat sebagaimana yang disyorkan oleh doktor.
Jangan sesekali menghentikan pengambilan ubat darah tinggi tanpa pengesahan doktor. Dalam masa yang sama, kawal tekanan darah tinggi anda agar berada dalam keadaan normal dan sentiasa menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang baik.
Ikuti perkongsian bermanfaat Doktor Khairul Faizie berkenaan pengambilan ubat untuk pesakit darah tinggi. Sekiranya bacaan BP anda tak cantik, jangan berlengah dan mulakan pengambilan ubat darah tinggi segera.
“Tekanan darah yang mana lebih penting dijaga, yang atas atau yang bawah?”
“Betul ke kalau umur meningkat, tekanan tinggi sikit macam 150/90 atau 150/80 tu, kita anggap OK?”
Mula-mula, fahamkan terma berkaitan…
Tekanan yang atas dipanggil SYSTOLIC pressure.
Tekanan yang bawah dipanggil DIASTOLIC pressure.
Bagaimana tekanan Systolic & Diastolic terhasil?
Ads
Bila jantung mengepam darah, darah akan bergerak dalam saluran darah arteri untuk beredar ke seluruh badan. Aksi mengepam ini yang hasilkan tekanan di dalam saluran darah arteri. Dan tekanan ini yang kita sukat sebagai Systolic pressure.
Manakala tekanan dalam saluran darah bila jantung berehat (in between beat) dipanggil sebagai Diastolic pressure.
Apa range yang normal?
OK, yang admin tulis ni ialah simplified punya penerangan untuk mudah faham, 3 situasi:
1. Untuk IDEAL, ialah bacaan < 120 / 80.
TAK MENGIRA UMUR ya. Tak kisah muda atau tua.
2. Bacaan yang > 140 / 90, ialah Hypertension (Darah Tinggi)
Ads
3. Bacaan in between 121-139 / 80-89 ialah bacaan pre Hypertension.
Memang kalau nak ikut definisi tertentu, contohnya dari American Heart Association, ada istilah stage 1, stage 2 tu semua. Yang tu tak nak ingat pun takpa, nanti boleh lupa / confused. Just ingat 3 situasi tu.
Aim kita, ialah nak dapatkan bacaan yang ideal: < 120 / 80.
Untuk mudahkan faham & ingat, rumusannya ialah bacaan SYSTOLIC lebih penting untuk dijaga, terutamanya buat mereka yang sudah berumur 40 tahun ke atas.
Ini kerana bacaan systolic yang tinggi meningkatkan risiko sperti heart attack & stroke.
Dan memang biasa, bagi mereka yang > 40, ramai yang alami Isolated Systolic Hypertension (ISH) yang memang tingkatkan risiko penyakit cardiovascular.
Memang ada study yang menunjukkan, untuk golongan muda < 40, bacaan diastolic adalah komponen yang penting untuk kaji risiko penyakit berkaitan jantung.
Kalau kedua-dua bacaan systolic & diastolic tak terkawal, lagilah teruk.
*** Recent study juga menunjukkan, kalau kita dapat kawal BP kita dalam range yang ideal, < 120 /80, maka benefit nya banyak:
– 43 % kurang risiko kematian cardiovascular
– 38 % kurang risiko lemah jantung
– 17 % kurang risiko heart attack
– 11% kurang risiko stroke
Point paling penting juga, kalau dah selalu sangat bacaan BP korang tak cantik, tak kiralah umur 20-an sekalipun, dan telah 2-3 bulan cuba ubah gaya hidup (exercise, diet yang betul), maka tolonglah jangan berlengah start makan ubat darah tinggi. Sebabnya, setiap saat yang kita lewat mula rawatan, maka setiap saat itulah saluran darah kita menerima impak tekanan tinggi… SETIAP SAAT. Dan lagi lama, lagi tinggi risiko komplikasi seperti stroke, heart attack, jantung bengkak (lemah jantung), dan termasuk juga ROSAK BUAH PINGGANG.
Ya, buah pinggang rosak sebab darah tinggi tak terkawal ya. Buah pinggang tak rosak sebab makan ubat darah tinggi.
MAKAN UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER secara kerap / kronik yang tinggikan risiko buah pinggang rosak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Memilih waktu yang tepat untuk bersenam boleh membantu memaksimumkan hasil senaman anda. Berikut adalah lima waktu senaman yang terbaik dan cara untuk mengoptimalkan hasilnya:
PAGI SELEPAS BANGUN TIDUR
Kelebihan: Mengaktifkan metabolisme tubuh badan, meningkatkan mood, memberi tenaga sepanjang hari.
Cara Optimum: Mula dengan pemanasan ringan untuk bangkitkan tubuh anda. Kemudian, lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal untuk meningkatkan denyutan jantung dan pembakaran kalori. Pastikan anda minum air sebelum dan selepas senaman untuk hidrasi.
PERTENGAHAN PAGI (ANTARA 9-11 PAGI)
Kelebihan: Suhu tubuh badan sedikit lebih tinggi, mengurangkan risiko kecederaan. Tenaga dan fokus biasanya lebih baik berbanding awal pagi.
Cara Optimum: Lakukan senaman yang melibatkan kekuatan seperti angkat berat. Ini adalah waktu yang baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan massa otot.
PETANG (SELEPAS KERJA)
Kelebihan: Menghilangkan stres selepas bekerja, meningkatkan kualiti tidur, tubuh badan pada tahap pemanasan maksimum.
Cara Optimum: Gabungkan kardio dan latihan kekuatan. Anda mungkin akan dapati anda mampu melakukan lebih banyak repetisi atau mengangkat berat yang lebih berat pada waktu ini berbanding waktu lain.
LEWAT PETANG (ANTARA 5 PETANG -7 MALAM)
Kelebihan: Suhu tubuh dan tahap hormon pada paras optimum untuk senaman. Denyutan jantung dan tekanan darah biasanya lebih rendah.
Cara Optimum: Lakukan senaman intensiti tinggi selang-tabata atau latihan kekuatan. Ini adalah waktu yang baik untuk latihan yang memerlukan fokus dan ketepatan.
LEWAT MALAM
Kelebihan: Gym atau pusat kecergasan mungkin kurang sesak, membolehkan anda melakukan senaman tanpa gangguan.
Cara Optimum: Pilih senaman yang menenangkan seperti yoga atau regangan. Jika anda memilih untuk melakukan senaman yang lebih intensif, pastikan untuk memberi masa yang cukup untuk tubuh anda untuk tenang sebelum tidur.
Tips Tambahan:
Pastikan anda makan makanan yang seimbang sebelum dan selepas senaman untuk memberi tenaga dan pemulihan yang diperlukan.
Minum air yang cukup sepanjang hari.
Dengar badan anda. Jika anda merasa letih atau sakit, beri masa untuk berehat dan pulih.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur adalah masa tubuh anda memulihkan diri dan memperbaiki otot.
Ingat, yang paling penting adalah konsistensi dalam rutin senaman anda, bukan semata-mata waktu anda bersenam. Pilih waktu yang paling sesuai dengan jadual dan keperluan tubuh anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini adalah sebuah perkongsian bermanfaat dari Dr. Ahmad Mahyuddin
Cagu atau di sesetengah tempat dikenali sebagai cengkam adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindak balas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.
Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.
KENAPA IA TERJADI?
Cagu terjadi akibat cara memotong kuku yang tidak betul. Ia menyebabkan kuku tumbuh secara tidak betul dan mula menekan tisu di bahagian tepi kuku. Ia juga boleh disebabkan oleh pemilihan kasut yang terlalu ketat atau berbentuk tirus sehingga mengakibatkan tekanan pada tisu di bahagian sisi kuku. Tekanan berpanjangan pada tisu akan menyebabkan keradangan berlaku.
Keadaan lebih teruk apabila berlaku jangkitan kuman pada kuku yang terlibat. Ini mengakibatkan ia mengeluarkan nanah dan berbau busuk.
RAWATAN
Mencuci dan merendam kuku terlibat dengan air suam setiap hari. Kemudiannya gauze bersih dilapik pada hujung kuku di tempat cagu berlaku. Krim antibiotik disapu jika terdapat jangkitan kuman. Ini akan memberi masa bagi kuku bahagian cagu untuk tumbuh melepasi tisu yang mengalami radang.
Antibiotik akan diberikan sekiranya terdapat bukti jangkitan kuman berlaku. Ia termasuk keadaan jangkitan kulit (Cellulitis) dan nanah. Pembedahan biasanya tidak akan dilakukan sehinggalah jangkitan kuman telah sembuh.
Ubat anti-radang berfungsi bagi mengurangkan kesakitan akibat keradangan yang berlaku. Contoh ubat anti-radang adalah seperti mefenemic acid (Ponstan), diclofenac (Voltaren) dan celecoxib (Celebrex).
Pemilihan kasut yang sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian cagu dapat membantu mengurangkan kesakitan
Mengurangkan aktiviti berjalan kaki, berlari dan bersukan semasa kondisi ini berlaku bagi mengawal kesakitan dan keradangan yang berlaku.
Pembedahan hanya akan dilakukan jika:
Rawatan tanpa pembedahan tidak berjaya
Cagu berlaku berulang kali
Cagu menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Pembedahan hanya akan dilakukan setelah jangkitan kuman tersebut sembuh
TERDAPAT 2 JENIS PEMBEDAHAN YANG BIASA DILAKUKAN.
Nail avulsion
Zadek Procedure
Nail avulsion (Pembuangan kuku)
Nail avulsion ialah prosedur dimana kuku pesakit yang mengalami cengkam itu dibuang secara keseluruhannya.
Zadek Procedure (Prosedur Zadek)
Prosedur Zadek ialah sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nailfold dan germinalmatrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.
BAGAIMANA MENGELAKKAN IA DARI TERJADI?
Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul. Hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.
SUMBER : mmgazette.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahu ini aktiviti berbasikal menjadi semakin popular. Jika anda lihat sebelum pandemik COVID-19 bermula, jumlah jumlah penunggang basikal yang semakin ramai dapat dilihat di atas jalan raya.
Antara menjadi faktor populariti ini ialah penglibatan artis dan selebriti laman media sosial yang turut sama aktif berbasikal.
Namun sudah kerap kita dengar orang tidak selesa dan merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang kadang-kadang tidak mematuhi jalan raya. Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini.
Jadi untuk elak perkara tersebut MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.
SENTIASA PATUHI PERATURAN JALAN RAYA
Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.
ELAK GUNA FON TELINGA
Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling?
Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.
Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
BERSEDIA UNTUK BREK
Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.
Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.
LAMPU BASIKAL
Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selai lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.
Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda. Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.