Di Facebook Public Health Malaysia ada menyediakan sebuah video berdurasi 4 minit lebih di mana DG Datuk Dr. Noor Hisham menjawab apabila di tanya tentang soalan mengenai zirah yang dibenarkan seramai 20 orang pada satu-satu masa.

Malah apakah yang diambil kira daripada Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dalam peruntukan 20 orang kerana setaip keluasan rumah adalah berbeza mungkin tidak dapat buat penjarakan sosial? Dan apakah nasihat yang boleh diberi serta diberi garis panduan pada orang ramai agar dapat mengentikan penularan wabak COVID-19?

Menjawab soalan dengan tenang, DG DR. Noor Hisham berkata 20 orang itu adalah ahli keluarga terdekat dan bukannya pelawat. Tambahnya rata-rata orang ramai perlu ikut Standard Operating Procedure (SOP) dari KKM yang telah ditetapkan.

“Jika di dalam apartment 20 orang itu sudah di kira confine space dan crowded sudah melanggar peraturan SOP KKM, jadi pada tempoh tersebut apa yang penting perjarakan sebagai mana yang Pedana Menteri berkata.

“Nombor itu adalah relative bergantung pada keluasan rumah kita. Jika rumah kita agak kecil, jadi tak perlu sampai 20 orang. Kita kena buat stagged apoitment ataupun stagged visiting daripada keluarga kita.

“Yang kita (KKM) kata 20 orang itu adalah ahli keluarga bukannya pelawat datang ke rumah, Kita tidak menggalakan perhimpunan dan kita juga tidak menggalakan pelawat-pelawat datang ke rumah.

Ads

“Walaupun ahli keluarga pastikan anda lindungi warga emas iaitu Ibu bapa kita ataupun nenek dan atok kita. Kerana jika kita lihat dengan jumlah kes kematian yang ada setakat ini kes-kes ini melibatkan 60 tahun ke atas lebih kepada 50% dan jika mereka ada kecing manis dan darah tinggi atau penyakit kronik peluang mereka lebih tinggi 85%.

“Jadi kita ambil langkah tersebut dengan melindungi warga emas, ibubapa dan nenek dan atok kita. Jadi jika kita pulang pastikan kita basuh tangan dan mengalamkan penjarakan.” Jelas Dr. Noor Hisham pada Isnin lalu.

“Jika Apartment Kecil Kita Kena Buat Appointment” Dr. Noor Hisham Jawab Isu Ziarah Raya 20 Orang

Ads

Tambahnya jika tidak dapat atau amalkan penjarakan adalah lebih baik jika orang ramai mengurangkan melawat sepanjang hari raya.

Mengambil contoh Negara China, katanya negara tersebut terpaksa hadkan serta hentikan perayaan Tahun Baru Cina untuk memastikan keselamatan rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau menganggap ini sebagai cabaran dan mengharap orang ramai dapat memahami dan mengamalkan serta lindungi ahli keluarga dari kes COVID-19.

Ads

Baca Selanjutnya: Cara Terbaik Elak Orang Datang Beraya Tahun Ini Kerana Risau Risiko COVID-19

Amalkan di rumah:
-Penjarakan sosial
-Tiada bersalaman, berpeluk cium
-Cuci tangan/ gunakan hand sanitizer sebelum masuk rumah

Jika tidak boleh, elakkan melawat atau pulangn ke kampung.

Sumber: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI