Jika Anda Tahu Khasiat Hebat Teh Hijau, Pasti Rasa Nak Minum Setiap Hari

Share

Kita sudah sering sangat dengar tentang kehebatan minuman teh hijau.

Tapi sejauh manakah ia memberi kesan terutamanya buat anda sebagai seorang lelaki?  Kalau anda tak ada masa nak bersenam, pastikan teh hijau tetap tersenarai dalam menu harian anda. Khasiat teh hijau memang tak perlu kita sangkal lagi.

Bagi yang sering amalkan minum teh hijau, pasti anda tahu teh hijau ini berkhasiat untuk menurunkan berat badan.

Dianggap senjata detoks terbaik, rugi jika anda sebagai lelaki tidak mahu memanfaatkan kelebihan yang ada dalam teh hijau ini.

BACA: Amalkan Minum Teh Hijau Kosong, Rahsia Lelaki Ini Turun 10kg Walaupun Makan Nasi!

BACA: Bawang Putih Jadikan Bau Peluh Lebih Mengancam

5 khasiat teh hijau yang lelaki perlu manfaatkan

1. Antioksida

Bahan-bahan yang terkandung dalam teh hijau membantu mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh badan. Selain itu, ianya melindungi sel-sel dan molekul daripada kerosakan.

Teh hijau mengandungi polifenol seperti flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat. Bagi mereka yang sukakan teh hijau, bonus yang mereka dapat ialah awet muda.

2. Menurunkan berat badan

Khasiat teh hijau seterusnya ialah membantu menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.

Membantu mengurangkan lemak terutamanya di kawasan perut dan sekaligus mengempiskan perut serta mengelakkan perut buncit. Ini akan menjadikan badan anda langsing dan bebas lemak pada bahagian perut.

BACA: Kalau Nak Air Teh Hijau Lebih Berkesan, Amalkan Minum 2 Cara Yang Doktor Ini Kongsikan!

3. Mengurangkan risiko kanser

Punca kanser adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal. Kajian mendapati bahawa lelaki yang selalu minum teh hijau mempunyai 50% risiko lebih rendah untuk mendapat kanser prostat.

4. Membunuh bakteria

Satu penyelidikan telah membuktikan bahawa khasiat teh hijau juga mampu membunuh bakteria dan menghalang virus seperti virus influenza.

Teh hijau juga mampu menghalang dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria. Pendek kata, khasiat teh hijau juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia.

5. Mengurangkan risiko diabetes

Khasiat teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kencing manis terutamanya jenis 2.

Teh hijau boleh meningkatkan hormon insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

6. Meningkatkan Ketajaman Fikiran

Sebagai seorang lelaki pastinya anda ingin sentiasa peka dan mempunyai fikiran yang tajam apatah lagi untuk menyelesaikan tugasan kerja. Teh hijau merupakan minuman yang mengandungi kafein dan ia secara tak langsung boleh membuatkan anda berasa segar. Kandungan L-theanine juga boleh meningkatkan ketajaman mental.

Published by
Farizul Izwany