Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit. Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Ingin tahu caranya? Seorang Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan kongsikan di laman Facebooknya tip berdiet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti prkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam.
2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah).
3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan.
4. Jangan tinggal/ skip waktu makan utama dan snek.
5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.
6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.
7. Berhenti merokok.
8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liters.
1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
3. Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
4. Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
1. Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
2. Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
3. Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.
MOHD KHAIRUL AZUAN
DIETITIAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA