Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit. Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Ingin tahu caranya? Seorang Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan kongsikan di laman Facebooknya tip berdiet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti prkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam.
2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah).
3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan.
Ads
4. Jangan tinggal/ skip waktu makan utama dan snek.
5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.
6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.
7. Berhenti merokok.
8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liters.
Ads
Antara makanan yang boleh kawal & kurangkan simptom gastritis.
1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
3. Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
4. Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Ads
Makanan yang buat simptom lagi teruk, jika ada gastritis kronik.
Alkohol
Kopi pekat
Buah berasidik seperti tomato atau lemon
Jus buah
Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi
Air berkarbonat
Makanan pedas
Jika kena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
1. Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
2. Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
3. Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.
MOHD KHAIRUL AZUAN
DIETITIAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cenderung akan minat dalam bidang kecergasan ini nyata mendorong saya untuk terus berusaha mempertingkatkan tahap kecergasan sejak dari tingkatan empat lagi. Kini, saya berusia 18 tahun dan sudah melepasi alam persekolahan. Masa yang lebih banyak saya peroleh untuk memberi fokus kepada latihan di gimnasium di samping mempersiapkan diri untuk memulakan pengajian di dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Management and Sains University (MSU) di Shah Alam. Pada awalnya, minat saya dicungkil kala sering mengunjungi pusat gimnasium untuk memperlengkapkan ketahanan diri dan fizikal untuk menjadi pemain tengah kepada pasukan bola sepak sekolah pada ketika itu. Bermula dari situ, saya terus bergiat aktif untuk memberi tumpuan kepada latihan kecergasan seperti ‘body toning’ dan ‘aesthetic’.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA?
Saya sering meletakkan sasaran untuk mencipta sesuatu yang baru dalam penampilan tubuh setiap hari. Selain mengekalkan bentuk badan yang ideal, saya melahirkan motivasi dalam diri kala mencapai sasaran yang saya tetapkan untuk menghasilkan bentuk tubuh yang baru serta memberi transformasi dalam diri setiap hari. Minda yang terbuka dan positif dalam membantu rakan-rakan yang lain di gimnasium juga ternyata memberi kekuatan kepada saya untuk terus membina kecergasan dalam diri dan memastikan kondisi tubuh sentiasa berada dalam keadaan ‘shredded’ iaitu ‘low body fat’.
MASKULIN : SIAPAKAH IDOLA?
Setiap individu yang ingin berjaya pasti punya ikon atau idola yang menjadi sumber inspirasi untuk kekal pada momentum produktif yang ‘oustanding’. Bagi saya, saya meletakkan Ryan Terry sebagai sumber inspirasi dan idola saya. Hal ini kerana dia merupakan seorang yang optimum dalam melakukan latihan yang berpanjangan dengan momentum yang sangat teratur dan sudah pasti menghasilkan bentuk fizikal yang menjadi dambaan setiap individu yang gemarkan dunia kecergasan. Dia kelihatan nyata sempurna untuk bergelar ikon dunia kecergasan di peringkat global.
MASKULIN : LELAKI MASKULIN HARUSLAH?
Maskulin bergantung kepada tahap kesihatan yang diperoleh oleh seseorang lelaki. Tubuh yang sihat mewakili diri mereka yang maskulin. Hal ini kerana, jika tubuh berada dalam keadaan sihat, setiap individu punya potensi yang besar untuk mencapai sasaran dalam hidup dan ‘goals’ yang ditetapkan tanpa sebarang halangan yang besar. Jika tubuh sihat, keyakinan diri pasti melambung tinggi dan sudah pasti dapat mengatasi segala cabaran dan rintangan untuk meraih sebuah kejayaan pada masa depan.
MASKULIN : RUTIN DIET?
Saya akan memulakan hari dengan sarapan kerana pengambilan sarapan adalah menjadi penentu kepada produktiviti kita sepanjang hari. Saya mengambil sarapan bermula jam 7.30 pagi dengan menikmati classic oat dan epal hijau bersama kopi tanpa susu mahu pun gula. Pada jam 10.30 pagi, saya akan mengambil 5 biji telur (putih sahaja) dan juga jus epal tanpa gula. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi perang, dada ayam bakar bersama sayur brokoli dan asparagus. Disertai pula dengan ‘tea time’ (pre workout) sekitar jam 4 petang dengan mengambil dua keping roti bakar bersama sebiji buah pisang. Semasa makan malam (post workout), saya akan menikmati pasta kosong, dua keping salmon bakar, brokoli, asparagus dan jus ‘carrot’ tanpa gula.
MASKULIN : RUTIN SENAMAN?
Saya mengamalkan latihan fizikal dan senaman di gimnasium selama dua jam dan sebanyak enam kali dalam seminggu. Bermula dengan 45 minit kardio (treadmill) – incline 16 dan kekalkan kelajuan 6.0 dan jangan ‘give up’!
Isnin – Chest & triceps
Selasa – Back & legs
Rabu – Shoulder & abs
Khamis – Biceps & triceps
Jumaat – Legs & abs
Sabtu – Full body workout
Ahad – Hari berehat
MASKULIN : TIP?
Kekalkan motivasi dengan mencari jurulatih dan rakan gim yang mempunyai matlamat yang sama. Faktor persekitaran amat mempengaruhi daya motivasi dan inspirasi buat anda. Oleh yang demikian, pilih lokasi yang sesuai untuk memulakan latihan kecergasan dan yang paling penting, buang sikap menangguhkan hasrat lantas terus lakukan sekarang. Lakukan latihan secara konsisten dengan penuh disiplin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boxer, seluar seakan-akan dipakai oleh peninju dikatakan lebih selesa dipakai berbanding seluar dalam oleh kebanyakan kaum lelaki. Boxer yang lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ ketika tidur juga dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Betul ke?
Kenapa Lelaki Perlu Pilih Boxer?
Semestinya Selesa
Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.
Lebih Fashionable
Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini,boxerbanyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.
Kelancaran Sperma
Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxer direka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.
Seluar tidur
Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxersebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.
Penutup
Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Yang mana satu pilihan anda? Boxer atau seluar dalam ketat!
PEMAKAIAN SELUAR DALAM KETAT MERUPAKAN ANTARA PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN JUGA MEMPENGARUHI BILANGAN SPERMA.
Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama. Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxer setiap masa. Apabila anda di rumah, Grunebaum turut meminta lelaki menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berpeluh berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan. Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.
KULIT KUSAM
Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.
GANGGU SISTEM IMUNISASI
Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.
KEGEMUKAN
Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses ‘membakar’ lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.
TINGKATKAN TEKANAN
Bagi seseorang yang ingin terhindar dari tekanan fikiran terus meningkat, digalakkan untuk bersenam. Lakukanlah apa saja yang mampu mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.
JANTUNG TIDAK SIHAT
Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.
Kerap terjaga daripada tidur pada waktu malam dengan keadaan tubuh yang berpeluh juga merupakan satu keadaan yang sering berlaku kepada sesetengah individu. Meskipun begitu, ramai yang mengambil ringan mengenai masalah tersebut.
Bagaimanapun, menurut seorang profesor dari University School of Osteopathic Medicine, Amerika Syarikat, Jennifer Caulde berkata, berpeluh ketika tidur adalah tidak normal dan ia berkemungkinan merupakan tanda-tanda seseorang individu mempunyai penyakit.
-SELALUNYA KEADAAN INI HANYA BERLAKU DALAM KALANGAN WANITA YANG SEDANG MENGALAMI FASA PRA-MENOPAUSE.
-JIKA ANDA SEORANG WANITA YANG MUDA DAN SIHAT, KEADAAN TERSEBUT BERLAKU MUNGKIN DISEBABKAN SUHU BILIK TIDUR YANG HANGAT ATAU KETEBALAN SELIMUT YANG DIGUNAKAN.
–BAGAIMANAPUN, JIKA KEADAAN TERSEBUT BERTERUSAN BERLAKU WALAUPUN ANDA SUDAH MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA ATAU MEMAKAI SELIMUT NIPIS, ANDA PERLU SEGERA BERJUMPA DENGAN DOKTOR UNTUK RAWATAN LANJUT.
–LEBIH-LEBIH LAGI JIKA KEADAAN TERSEBUT DISUSULI DENGAN MASALAH KESIHATAN YANG LAIN, PENURUNAN BERAT BADAN DENGAN KETARA, DEMAM ATAU KELESUAN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.