Tidak dinafikan wanita akan mudah jatuh cinta dengan lelaki gentleman. Walaupun karakteristik lelaki tidak sama, pasti ada beberapa ciri-ciri lelaki gentleman yang boleh buat wanita jatuh cinta.

Tidak dinafikan semua lelaki boleh dipanggil lelaki gentleman, namun tidak semua layak untuk digelar sedemikian kerana ia bergantung kepada tindakan dan perilaku anda bersama pasangan.

Jika anda ingin dihargai oleh wanita sebagai lelaki gentleman, pastikan anda menjauhi lima sikap negatif yang MASKULIN senaraikan ini.

BACA: Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi

1. Merasakan diri sendiri betul dan orang lain salah

Jika Anda Mahu Jadi Lelaki Gentleman Di Mata Wanita, Jauhi Sikap Negatif Ini

Dalam apa jua tindakan yang dilakukan, anda merasa yang anda seorang sahaja yang betul. Sekali dua tidak mengapa. Kalau banyak kali, alamat bye bye la jawabnya. ‘Aku betul, korang semua salah’ adalah azimat hidup anda.

IKLAN

2. Tiada matlamat hidup yang tetap

Jika Anda Mahu Jadi Lelaki Gentleman Di Mata Wanita, Jauhi Sikap Negatif Ini

Jika anda memiliki sifat ini, sila jauhi cepat-cepat. Anda mungkin seorang yang baik tetapi selalu ditinggalkan sebab anda tiada matlamat yang tetap. Pastikan set siap-siap ke mana hala tuju hidup anda. Sama juga dengan perkahwinan, jika anda sudah mengenali seseorang, tunjukkan yang anda serius untuk ke fasa seterusnya dan menjadikan si dia teman hidup anda.

BACA: 5 Perkara Yang Lelaki Harus Suami Lakukan Untuk Pujuk Isteri Sedang Merajuk

IKLAN

3. Kerap meroyan di sosial media

Jika Anda Mahu Jadi Lelaki Gentleman Di Mata Wanita, Jauhi Sikap Negatif Ini

Nak luah perasan boleh sebab itu hak anda, tetapi janganlah selalu sangat. Ini menunjukkan yang anda tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Senang cerita, ada benda boleh tunjuk dan ada benda yang lebih baik anda simpan sendiri atau luahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

BACA: 10 Petanda Anda Mungkin Bercinta Dengan Gadis Psiko, Antaranya Missed Call Beratus Kali

IKLAN

4. Kedekut dan pentingkan diri sendiri

Jika Anda Mahu Jadi Lelaki Gentleman Di Mata Wanita, Jauhi Sikap Negatif Ini

Tidak dinafikan selagi belum berkahwin, anda tidak sepatutnya payung habis si dia. Namun itu bukan alasan untuk anda jadi seorang yang kedekut apabila keluar bersama. Contohnya, dari lima kali keluar dating, sekurang-kurangnya tiga kali anda belanja si dia makan. Percayalah, sekali anda buat first move dengan mengambil hatinya, pasti si dia rasa dihargai dan melakukan perkara yang sama terhadap anda.

5. Merendahkan martabat wanita dan gagal melindunginya

Jika Anda Mahu Jadi Lelaki Gentleman Di Mata Wanita, Jauhi Sikap Negatif Ini

Jika anda buat perkara ini, bukan wanita sahaja yang mengecam anda. Kaum lelaki juga tidak bersetuju perkara ini dilakukan terhadap kaum hawa. Sekali anda lakukan perkara sedemikian, anda telah melukakan hatinya dan pasti tiada peluang kedua buat anda. Jadi hati-hati ye.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI