Selain workout, pemakanan juga antara yang perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja. Jadi ada keperluan pengambilan makanan diet yang sesuai untuk menaikkan otot perut.
Bagi memudahkan disiplin anda, MASKULIN kongsikan makanan diet untuk menaikkan otot perut yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang lebih lama.
BACA: Tiada Masa Ke Gym? Buat Senaman Ini Untuk Ratakan Perut & Bina Otot Sixpack
Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center menemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan makan telur setiap pagi kerana telur boleh menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.
Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan dan meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuatkan anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.
Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat dan lemak yang baik untuk jantung. Makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi ini juga memerlukan waktu yang agak lama untuk dicernakan di dalam tubuh sekali gus membuatkan anda kenyang lebih lama tanpa harus mengambil makanan yang banyak kalori.
Kajian juga menunjukkan bahawa asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi. Oleh itu, hadkan pengambilannya dengan makan setengah potong sahaja setiap hari.
Setiap bahagian kekacang seperti kacang merah dan buncis mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Komposisi yang terkandung dalam kekacang ini dapat menjaga stamina tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kekacang juga baik untuk menjaga gula darah.
Gula yang rendah dan kalsium yang tinggi membuatkan yogurt menjadi makanan yang boleh mengenyangkan untuk jangka masa yang lama. Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuatkan perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt memberi signal kenyang lebih lama berbanding biasa.
Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan bahawa individu yang menghabiskan semangkuk sup ayam boleh menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup dan khasiat pelbagai sayuran yang penuh serat dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.
Follow Instagram MASKULIN