Keibubapaan

Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini

Share

Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi.

Ibu bapa juga perlu ada ilmu teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa anak di waktu kecemasan. Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.

Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini

Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.

Jika bayi kurang daripada setahun

1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.

2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.

3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.

4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.

Teknik untuk kanak-kanak dan remaja

1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan.  Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.

2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.

3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.

INFO

Anak berisiko tercekik makanan jika;

  • Ambil makanan keras dan bulat
  • Saiz makanan melebihi setengah inci
  • Makan sambil berjalan dan bermain
  • Makan di dalam kenderaan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health Malaysia & www.raisingchildren.net.au

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!

 

Published by
Nana