Buat anda generasi milenial pastinya tahu tentang salah sebuah program realiti paling popular dalam sejarah penyiaran di Malaysia iaitu Akademi Fantasi. Tidak dinafikan bakat-bakat yang lahir dari program realiti nyanyian ini telah menghasilkan ramai penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti popular pada masa kini.
Namun di kala rakan-rakan seperjuangan lain meneruskan karier mereka dalam industri hiburan berbeza pula dengan Diddy Hirdy, bekas peserta Akademi Fantasia 4 yang kini telah bergelar sebagai seorang ahli pendidikan tinggi yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).
Dr. Diddy Hirdy yang ditemui MASKULIN baru-baru ini kini bertugas sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari 2024 yang lalu.
Figura dengan nama penuh, Syamsul Hirdi Bin Muhid kini ternyata tampil lebih matang sesuai dengan tugasnya kini yang cukup penting di Universiti Utara Malaysia.
Kredit: Media Hiburan
Baginya sebagai seorang ahli akademik yang masih bahary dia cukup bebesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang cukup besar. Malah, dia juga menganggap ini sebagai satu pencapaian besar dan baru baginya.
“Pelantikan ini merupakan bagi saya ini satu tanggung jawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.
Ads
“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.
MASKULIN juga sempat bertanyakan pendapatnya mengenai keperluan seorang lelaki melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan juga meratau ke negeri orang. Bercakap berdasarkan pengelamannya sendiri, Dr. Diddy berkata jika ada peluang seorang lelaki itu memang patut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Untuk lelaki sangat patut melanjutkan pendidikan tinggi. Dan untuk lelaki jika ada peluang pergilah sangat patut untuk merantau, melihat tempat orang. Kerana ketika itulah kelelakian kita diuji.
Ads
“Maksud saya di sini kalau sebagai lelaki merantau di situ kita kena buat keputusan sendiri. Saya letak diri saya sendirilah sebagai ketua keluarga untuk isteri dan anak-anak, saya kena buat keputusan penting. Tak dinafikan pada masa itu rasa tak bersedia dan tak boleh buat keputusan tapi nak tak nak kena buat keputusan dan ambil risiko,” tambahnya lagi.
Jelasnya lagi sebagai seorang lelaki, kita juga perlu pandai berbincang dengan isteri.
“Apabila merantau di sinilah kita punya pemikiran dan kematangan berlaku. Bila merantau kematangan itu akan berlaku secara drastik. Kita saja yang betul-betul rasai pengalaman dan buat keputusan sendiri,” tambahnya lagi.
Ads
Untuk pengetahuan anda, Dr. Diddy yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.
@maskulinmyPernah merantau hingga ke Liverpool, England demi melanjutkan pengajian, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menggalakkan golongan lelaki untuk keluar merantau demi mencabar diri menjadi seorang yang lebih matang. #diddyhirdy #UUM #universitiutaramalaysia #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Dr Diddy Hirzy. Semoga kisah dan perkongsiannya memberikan manfaat untuk kita semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hidup ini bagaikan roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Begitu juga dengan penyanyi dan pencipta lagu, Amir Jahari yang dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-38, malam tadi.
Penuh penghayatan, penyanyi asal Sarawak, Amir Jahari berjaya memukau penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil menerusi persembahan lagu Hasrat sehingga ramai menitiskan air mata semalam.
Lagu Hasrat yang menjadi lagu tema filem Imaginur turut menampilkan pelakon Beto Kusyairy dan Diana Danielle sebagai cameo pada penghujung persembahan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Pernah melalui masa yang sukar, menurut mStar Amir Jahari pernah jatuh tersungkur dilanda keperitan hidup.
Setelah mengundurkan diri daripada dunia muzik pada tahun 2020, Amir Jahari juga pernah menukarkan namanya kepada ‘Hamba’ kerana pada satu ketika dahulu dia pernah lupa diri ketika hidup senang.
Amir Jahari, atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari berusia 31 tahun menceritakan kehidupannya ketika ditemu bual di mana pada tahun 2019 dirinya tertekan dibelengu masalah terutamanya kewangan.
Lampin anak tiada, rumah sewa tidak dibayar 13 bulan
Ketika itu, dirinya tidak mempunyai pekerjaan, dirinya telah ditimpa kesusahan sehingga dia dan keluarga terpaksa makan nasi dengan kicap sebulan, lampin anak pula tiada wang untuk membelinya dan rumah yang disewanya pula sudah 13 bulan tidak dibayar.
Anak seni dari Sarawak ini juga berkata dirinya amat tertekan sehingga dia penah mencuba untuk membunuh diri. Menukarkan namanya dengan Hamba, yang merujuk kepada hamba kepada Allah SWT dan untuk mengingatkannya untuk sentiasa merendahkan diri. Malah, Amir juga menghasilkan muzik yang lebih bersifat keagamaan selepas itu.
Diharap agar kita semua boleh mencontohi kisah hidup Amir Jahari ini di mana di dalam kehidupan ini, kita tidak akan sentiasa berada di atas. Jika kita lalai, kita akan jatuh juga.
Tahniah diucapkan kepada Amir Jahari selepas dinobatkan selaku Juara ‘Anugerah Juara Lagu’ (AJL) ke-38 menerusi lagu berjudul Hasrat. Kemenangan itu membolehkan Amir membawa pulang RM100,000 berserta trofi.
***
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Bukan senang orang berbadan besar ingin turunkan berat badan. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus. Lebih membakar semangat untuk turunkan berat badan apabila dia pernah diperli dan diejek dengan gelaran memalukan seperti gorila serta gemuk macam badak.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak usia enam tahun, Khairil Azib berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan 10 tip kurus menerusi bebenang di laman Twitternya. Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga memberi anda semangat untuk misi menurunkan berat badan.
Tip dan trik untuk badan besar
Gemuk dari umur 6 tahun
Eh, abang ni gemuk macam badak
Pinggang saiz 44
Bapa beli kereta baru gara-gara makin besar
Kena tegur dengan makcik
Dimalukan cikgu PJK
10 TIP NAK KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aidid Marcello dan pasangan antara yang menghantar anak ke institusi tahfiz untuk memberi penekanan ilmu agama.
Malah, kini ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Anak Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.
Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.
Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.
“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ini.
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.
Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah tiada nanti.
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.
Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.
“Doakan juga kepada emak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.
“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.”