Cuba kira dalam sehari berapa jam anda habiskan masa untuk pergi dan balik ke temopat kerja serta jumlah masa dihabiskan untuk bekerja.
Dalam zaman moden kini sudah jadi perkara biasa seseorang turun pada awal pagi pada waktu subuh dan pulang bila matahari sudah pun terbenam.
Jadi purata sehari anda habiskan kira-kira hingga 12 jam sehari untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
Tahukah anda ini merupakan satu rutin yang boleh menyebabkan anda alami burnout dalam jangka masa tertentu?
Tapi apakah itu burnout? Ia sebenarnya satu istilah yang digunakan untuk menggembarkan keadaan seseorang yang alami kepenatan melampau dari segi mental dan fizikal.
Dan burnout ini jika dibiarkan lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, masalah tekanan jiwa, kemurungan dan juga boleh pengsan akibat kepenatan melampau. Tapi bagaimanakah untuk kenal pasti sama ada anda sudah alami burnout atau tidak?
Jika salah satu daripada 9 gejala di bawah ini berlaku pada anda maka sah anda sedang alami burnout!
TAK SERONOK
Mula rasa tak seronok untuk datang kerja. Bangun sahaja pagi anda rasa cukup malas dan terbeban dengan tugasan kerja. Motivasi anda boleh dikatakan berada pada tahap paling rendah.
PENAT
Bila anda sudah alami burnout badan anda akan mudah jadi penat. Bukan itu sahaja mental anda juga berasa sangat berat dan terbeban dengan rasa kurang seronok.
Ads
MASALAH TIDUR
Selain itu anda juga berdepan dengan masalah untuk tidur. Setiap hari anda akan alami kesukaran untuk melelapkan mata. Jadi tidak hairanlah jika anda pukul 1 atau 2 pagi baru boleh lelapkan mata. Kemduian jam 6 pagi sudah kena bangun awal untuk pergi kerja pula.
TIADA MOTIVASI
Bila badan dan mental sudah burnout anda secara langsung tidak mempunyai motivsi untuk bekerja. Malah segala apa yang berlaku di pejabat sudah tidak anda hiraukan. Apa yang ada dalam minda anda ialah untuk segera pulang dan keluar dari pejabat.
Ads
BUAT-BUAT SIBUK
Salah satu sindrom burnout ialah anda akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai hal. Sedangkan ia bukanlah perkara penting pun. Perkara ini berlaku kerana minda anda cuba untuk lari daripada realiti bahawa anda sebenarnya kepenatan.
KUALITI KERJA MENURUN
Motivasi yang hilang akan secara tak langsung menurunka prestasi kerja anda. Dan bila ini berlaku ia boleh menjejaskan mutu pekerjaan serta boleh mengkibatkan anda kehilangan kerja!
SELALU MC
Perkara ini banyak berlaku di negara kita. Disebabkan anda burnout maka tumpuan anda berlaih kepada perkara yang tidak penting. Jadi perhatian anda terlaih kepada perkara luar pejabat. Lalu jumlah cuti mengejut dan cuti sakit (MC) akan meningkat dengan segera.
MUDAH NAIK ANGIN
Petanda paling jelas bahawa anda sebenarnya perlu cuti dan lari ketika daripada pelbagai tabggungjawab di pejabat. Jika dbiarkan masalah panas baran ini bukan sahaja boleh mengeruhkan hubungan anda dalam keluarga malah di pejabat juga.
SAKIT BADAN DAN SENDI
Perkara ini berlaku kerana fizikal anda berdepan dengan kepenatan yang melampau. Cuma dalam hal ini akan menyebabkan badan anda menerim kesannya. Sakit sendi dan lenguh badan merupakan antara kesan yang sering berlaku bila seseorang alami burnout.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi sesetengah pelari aktif, melakukan aktviti jogging atau larian pada bulan puasa bukanlah satu perkara luar biasa.
Malah bagi mereka ia merupakan satu rutin yang biasa.
Manakala bagi anda yang mungkin merupakan pelari yang lebih konvensional, melakukan aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang sangat mencabar. Namun sebenarnya ia bukanlah satu perkara musthail untuk dilakukan.
Jadi bagaimana untuk lakukan aktiviti ini dengan selamat dan tidak menjejaskan kesihatan badan? Ikuti 10 tip bagaimana untuk berlari sepanjang bulan puasa.
1. Kekal Hidrasi
Pada malam sebelum anda rancang nak berlari pastikan minum air dengan secukupnya. Teritamanya ketika bersahur agar anda dapat bertahan seharian dan untuk larian waktu petang.
2. Rancang Masa
Sebaiknya anda cubalah rancang agar larian tamat sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Dengan itu anda boleh minum dan makan ala kadar selepas habis berlari.
Jangan paksa diri dan lakukan senaman yang ekstrem. Rendahkan intensiti serta jarak larian ke tahap minima sahaja.
4. Ambil jalan mudah
Kalau boleh elak laluan berbukit. Gunakan laluan yang rata agar tidak membebankan badan anda ketika berpuasa.
5. Pakaian sesuai
Jika cuaca agak pansa, pakailah pakaian yangs edikit longgar, telus udara dan ringan agar badan tidak terlalu panas atau overheated.
6. Ambil masa rehat
Ya, jangan paksa diri Ingat anda sedang berpuasa. Jadi jangan segan untuk berjalan dan berehat seketika selepas jarak tertentu. Cukuplah sekadar keluar peluh.
7. Rancang lebih awal
Buat perancangan berbuka puasa lebih awal agar anda dapat berehat dan tidak tergesa-gesa mencari makanan pada saat-saat akhir.
8. Jadikan air sebagai ‘kawan baik’
Jadualkan masa berlari untuk tamat sejrus sebelum masa berbuka. Bawa botol air yang besar ke masjid untuk solat Terawih. Minum sedikit demi sedikit untuk kekalkan hidrasi sehingga lewat malam.
9. Makanan berbuka
Makanan selepas larian harus mengandungi protein dan karbohidrat. Pastikan anda minum air atau jus buah-buahan segar. Makanan seperti buah tamar, telur, kekacang, pasta dan daging adalah sesuai untuk berbuka puasa selepas berlari.
10. Rehat yang cukup
Akhir sekali, dapatkan tidur yang mencukupi sebelum dan selepas sesi berlari. Badan anda perlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang hilang di siang hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tauge amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Tauge, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki.
Ini 6 kebaikan sayur tauge yang ramai tidak tahu!
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.
Disebabkan itu, seorang pengguna twitter yang terkenal dengan nama Paih. Dia berkongsi bagaimana nak pastikan kaki tidak sakit serta tidak rasa penat ketika berjogging.