Apa yang anda bayangkan bila mendengar istilah ‘gentleman‘ dilontarkan di dalam perbualan mahupun teks yang di baca menerusi surat kahabar, majalah atau coretan di laman sesawang?
MASKULIN yakin antara perkara pertama terlintas di minda anda bila mendengar perkataan ini ialah sikap seorang lelaki yang ramah terutamanya kepada golongan wanita.
Sebagai contoh perbuatan membukakan pintu kereta atau menolong menarik kerusi untuk teman wanita duduk. Itu pastinya atara perbuatan klise bila kita menyebut tentang gentlemen.
Namun tahukan anda bahawa dalam dunia pasc moden dengan pelbagai pemikiran haluan liberal semakin mekar di dunia istilah getlemen moden bukan sahaja meliputi sekadar perbuatan ringkas begitu sahaja.
Definisinya mungkin berubah dari semasa ke semasa dan penerimaan masyarakat akan sikap gentlemen juga mungkin berlaina dengan apa yang dilalui generasi terdahulu.
Kini menjadi seorang lelaki yang gentleman adalah satu pilihan. Ia hanya dapat diberikan oleh orang lain terutamanya masyarakat terhadap anda jika melakukan sesuatu yang positif atau baik terhadap prang lain.
MASKULIN ingin kongsi 10 ciri-ciri lelaki gentleman moden yang mungkin ada pada diri anda.
PEMURAH
Seorang yang gentleman biasanya sangat pemurah dengan wang ringgit, masa, tenaga serta kepandaiannya yang boleh membantu orang lain menyelesaikan masalah. Lelaki gentlemen moden akan sentiasa mencari jalan bagaimanakah untuk dia membantu bagi menjadikan dunia lebih baik.
FIKIRAN POSITIF
Lelaki gentle man juga sentiasa berfikiran positif. Walau apa jua keburukan serta ujian yang berlaku pada dirinya diterima dengan baik. Malah sikap positifnya mudah menjangkiti orang lain lantas mewujudkan sebuah persekitaran yang jauh lebih baik.
BACA: 8 Idea Gaya Kemeja Lengan Pendek Buat Jejaka Yang Ingin Tampil Kacak
SENTIASA INGIN BELAJAR
Lelaki tidak harus berhenti belajar walaupun telah menamatkan pengajian di universiti. Belajar di sini bukan hanya bermaksud dari segi akademik tetapi keterbukaan untuk mempelajari perkara baru terutamanya budaya luar
SIVIL
Seorang lelaki gentlemean moden sentiasa menghargai ketamadunan masyarakat yang hidup aman damai dan menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang.
SOPAN
Ya, siapa katalelaki tak perlu sopan! Di sebalik karakter gagah dan macho yang sering diperagakan lelaki, sikap sopan perlu ada dalam diri seorang lelaki gentleman. Lelaki ini biasanya sentiasa selesa mengikuti apa jua peraturan dan mulutnya juga tak lekang dengan ucapan salam dan terima kasih.
BEKERJA KERAS
Gentleman juga seorang lelaki yang sentiasa bekerja keras. Malah dia juga sangat berbangga dengan latar belakang kerjanya. Boleh diharap, berdisiplin, merendah diri dan mampu bekerja dengan baik di dalam pasukan.
PENAMPILAN TAMPAN
Tak sah rasanya seorang gentleman tidak menjaga penampilannya dengan kemas dan bergaya. Mereka sangat arif tentang kepentingan penampilan lelaki yang perlu kemas dalam mengharungi kehidupan seharian sama ada di tempat kerja atau di rumah.
PENDENGAR YANG BAIK
Disebabkan sangat mudah disenangi ramai, lelaki gentleman biasanya menjadi tempat ramai orang meluahkan atau berkongsi segala keluh-kesah mereka. Sikap pendengar yang setia inilah menjadi lelaki gentleman dianggap sebagai kawan terbaik bagi ramai orang.
BERKEYAKINAN TINGGI
Lelaki yanh benar-benar gentleman sangat faham akan betapa pentingnya tahap keyakinan mereka. Kadangkala sikap berkeyakinan tinggi mereka ini bukan sahaja untuk mereka tetapi boleh diserap oleh rakan sekeliling.
INTEGRITI TINGGI
Mereka tak mudah goyang apabila diuji. Lelaki gentleman always play by the rules! Malah dia juga terkenal sebagai seseorang yang sering memegang janji, amanah dan juga konsisten dengan pegangan diri setiap masa.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI