Tidak ramai yang mengambil berat terhadap senaman dan melakukan pergerakan yang baik di bahagian leher.
Melainkan saranan doktor untuk anda rehatkan atau kurangkan pergerakan leher, tahukah anda melakukan pergerakan leher yang baik mampu membuatkan badan anda lebih aktif dan segar sepanjang hari?
Senaman leher yang baik mampu memberikan kelebihan kesihatan yang mungkin selama ini anda sendiri tak jangka.
Antaranya melepaskan rasa stres, kekejangan otot bahu dan rasa kejung badan hingga buat rasa tak bermaya. Selain itu senaman leher yang baik juga dapat mengelak kecederaan leher dan juga tulang belakang.
Berikut merupakan 3 sebab mengapa sentiasa aktif memberikan kesihatan luar biasa kepada bahagian leher.
Apabila bada melakukan aktiviti fiikal yang banyak seperti berjalan, bersenam, kerja rumah serta kerja berat yang lain secara automatik otot akan dipaksa bekerja. Ini termasuklah otot di bahagian leher.
Melakukan senaman yang baik boleh menjadikan otot di bahagian leher menjadi lebih kuat dan fleksibel. Sebenarnya melakukan kerja rumah biasa pun sudah boleh melatih leher menjadi lebih baik. Contohnya bila anda sedang mencuci pinggan. Badan harus tegak dengan kedudukan leher yang baik semasa mencuci. Lakukan selama 15 minit, leher anda sedia terlatih untuk lebih stabil.
Jika otot leher lemah badan akan mudah sakit dan berlaku kejang otot.
Jika banyak menghabiskan masa dengan duduk atau berbaring aliran darah pasti tidak dapat mengalir dengan baik. Jadi lebih baik anda bangun dan melakukan regangan dari semasa ke semasa terutamanya di bahagian leher serta kepala.
Antara senaman yang baik untuk aliran darah yang baik terutamanya di bahagian leher ialah senaman aerobik. Selain itu senaman seperti brisk walk, jogging, renang dan berbasikal juga baik.
Ramai tidak tahu bahawa kesihatan otot leher yang baik dapat memberikan postur badan yang ideal. Tahukah anda berat kepala seorang yang normal adalah di antara 4.5 hingga 5 kilogram? Jadi bayangkan tulang belakang harus menyokong berat tersebut dengan memastikan kedudukan postur yang baik.
Jadi adalah amat penting anda memastikan otot leher sentiasa terjaga bagi memaastikan postur badan tidak lari sama ada membongkok ke depan atau ke belakang. Bila kekal aktif otot badan akan membantu bahagian tulang belakang mendapatkan postur yang baik.