
Pada 23 November lalu, jenama jam mewah terkenal Rado meraikan pembukaan butik baharunya di Pavilion Kuala Lumpur dengan kehadiran dutanya Ji Chang-wook, seorang bintang dari Korea Selatan.
Kehadirannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rado Adrian Bosshard disambut dengan ratusan peminat yang turut serta ingin mengambil kesempatan merakamkan gambar dan video bintang Korea itu dihadapan mata mereka.
Acara bermula pada jam 3 petang apabila Chang-wook dan Adrian memasuki pusat membeli belah tersebut di atas hamparan karpet merah menuju ke bahagian Centre Court.
Di situ, Adrian memperkenalkan jam tangan Rado DiaStar Original berwarna kuning pertama dengan bezel Ceramos™ yang inovatif jenama itu.
Adrian kemudian mempersembahkan jamitu kepada Chang-wook, sekaligus menjadikannya pemilik rasmi pertama DiaStar Original sejak dilancarkan pada 1972.
Selepas itu, kedua-dua mereka menuju ke butik Rado untuk acara memotong reben. Mereka turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli-Belah Pavilion Dato’ Joyce Yap, Pengarah Kanan Runcit dan Pajakan Lovell Ho, Naib Presiden Pemasaran Rado Rico Steiner, serta Pengurus Jenama Rado untuk Malaysia Penny Chong.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tular Kisah Penjual Teh Dipersenda, Dr Zulkifli Jelas Tiada Beza Pangkat Manusia Kecuali Takwa

Kisah penjual teh ais bernama Sunhaji itu trending sebelum ini apabila penceramah Gus Miftah, 43, yang juga Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo mempersendakannya, memalukannya dan dihina sebagai bodoh.
Tindakan Gus Miftah telah mencetuskan kemarahan ramai warga Indonesia termasuk netizen Malaysia yang tidak bersetuju dengan gurauan terbabit.
Dr Zulkifli beri pandangan, penjual teh dan jutawan tiada beza disisi Allah kecuali takwa
Dr Zulkifli menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya berkata, apa jua kedudukan seseorang sama ada penjual teh atau jutawan tiada beza di sisi Allah SWT.
Menurutnya, hal ini kerana Allah SWT menilai kedudukan seseorang umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan mereka.
“Sekiranya dia bersumpah atas nama ALLAH untuk sesuatu perkara, ALLAH akan memenuhi sumpahnya.
“Sekiranya dia berdoa, pasti ALLAH makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukan di sisi ALLAH dan amalan yang selari dengan keredaanNya,” katanya.
Terdapat hadis cerita tentang orang miskin yang tidak dipedulikan masyarakat
Menurutnya lagi, terdapat hadis menceritakan keadaan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya tidak terurus serta kedudukannya yang rendah.
Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ
“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya.”
Riwayat Muslim
Jelas Dr Zulkifli, maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.
“Namun, di sisi ALLAH SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketakwaannya,” katanya lagi.
Gus Miftah akui kesalahan, tampil mohon maaf
Terdahulu, Gus Miftah yang cakna akan perkara itu telah tampil kelmarin (3 Disember) membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya.
“Assalamualaikum, saya ingin memberi respon terhadap apa yang sedang tular hari ini. Pertama sekali, dengan rendah hati, saya memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya dipetik Warta Kota.
Menurutnya, kata-kata kasar yang dilontarkan olehnya kepada peniaga air teh itu hanyalah gurauan semata-mata.
Source: Facebook
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tiada Lagi Wajah Penyampai Berita Legenda Raymond Goh Di Nightline

Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.
Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.
Sumber: Buletin TV3
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kulit Mula Kendur Dan Buruk, 5 Rawatan Ini Buat Lelaki Muda Semula!

Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan saja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Kini, lelaki tidak lagi malu mengunjungi pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah. Pada usia 40-an lelaki semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif dalam kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan.
Dalam bidang perubatan antipenuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum bertambah serius. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki ialah pigmentasi pada kulit, garis kedutan, wajah jatuh menggeleber dan tampak tua, pori wajah kasar kerana kerap bercukur, kulit kusam serta tidak sekata akibat pendedahan melampau pada matahari.
Perbezaan kulit lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki, manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari.
Wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu, kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
Antara rawatan yang paling popular dalam kalangan lelaki adalah:
1) Filler
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting pada masa kini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata.
Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan filler. Ada pelbagai jenis filler di pasaran dan saya suka mencadangkan filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut ada asid hyaluronik yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh. Ia sebagai bahan mengisi ruang dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal.
Apabila usia meningkat, penghasilannya kurang dan wajah tampak berlekuk.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Bagi lelaki berusia 40-an dicadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
2) Rawatan botox
Botox adalah salah satu rawatan bukan invasif yang paling berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan. Botox adalah ubat yang disuntik ke dalam otot dan digunakan untuk memperbaiki rupa paras.
Garis halus mula kelihatan di bahagian dahi dan yang paling ketara di bahagian mata. Garis di bahagian mata disebut sebagai crow’s feet akan bertambah seiring pertambahan usia. Dengan menyuntik sedikit botox, kedutan mula hilang.
Pendek kata, ia meremajakan wajah dengan cepat, mudah dan penampilan segar.
3) Laser
Laser mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel kulit. Penggunaan laser ‘dual fractional’ bagus untuk meninggikan paras kolagen dalam kulit.
Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit saja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Ia membaiki struktur kulit, lebih gebu, cerah dan mengatasi pori terbuka. Laser juga berupaya menghilangkan garisan halus dan boleh digunakan sebagai alternatif botox.
4) Modified thread lift
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar dan kulit tebal, teknik ‘modified thread lift’, iaitu ‘silhoutte soft lift’ amat sesuai untuk mereka.
Ia teknik menggunakan benang khas diperbuat daripada protein yang dimasukkan di bawah kulit untuk mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu kawasan di bahagian kepala yang dinamakan ‘Zygomatic area’.
Melalui cara ini, wajah, leher dan dagu yang jatuh akan diangkat semula.
Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan.
Dalam masa beberapa bulan, benang itu akan meresap dalam kulit dan mampu bertahan antara dua hingga empat tahun kerana berlakunya proses fibrosis pada bahagian muka.
Fibrosis adalah proses semula jadi yang mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
5) Rawatan terapi penggantian hormon
Hormon testosteron adalah hormon seks yang paling penting untuk kesejahteraan lelaki. Kekurangan hormon ini terutama kalangan lelaki 40-an akan mengakibatkan kegemukan, kurang stamina dan kurang keinginan seks.
Dari segi rupa paras pula, seseorang yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya lebih berkedut berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan tampak murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat dilihat.
Ujian darah boleh dilakukan bagi meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Ujian ini bagus kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang dapat dicapai apabila terapi dibuat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI