Jersi Terbaru Nike Pasukan JDT, Laku Keras & Dapat Sambutan Luar Biasa

Share

Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.

Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.

Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.

TEKNOLOGI TERKINI

Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.

Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.

“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.

Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.

Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.

Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim