Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.
Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
Ads
TEKNOLOGI TERKINI
Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
Ads
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.
Ads
Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Angka 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru dan juga semakin matang.
Manakala bagi bagi wanita pula, usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif dan selalu dikatakan dengan ‘saham’ yang mula menurun.
Namun, untuk lelaki kononnya pada usia 40 inilah tahap ‘kemiangan’ lelaki dikatakan semakin meningkat! Adakah ini benar?
Jom ketahui perangai lelaki ketika mencecah 40 tahun ini.
Miang
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa perangai lelaki memang miang apabila mencecah umur 40 tahun.
Antara alasan yang popular ialah suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga dan juga suami kahwin baru.
Masalah ini merupakan masalah yang paling ditakuti wanita kerana lelaki yang terlalu ego akan menganggap dirinya berkuasa dan layak untuk menundukkan semua wanita serta layak dikelilingi oleh lebih dari seorang wanita dalam satu masa.
Lebih parah jika mereka memilih anak dara seusia anak sulungnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas.
Tidak Bertanggungjawab
Ada juga perangai lelaki yang terus berubah sepenuhnya ketika berumur 40 tahun ini.
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga terus hilang kerana hanya mementingkan penampilan diri tanpa menghiraukan makan minum isteri dan anak-anak di rumah.
Isteri dan anak-anak dibiarkan kelaparan, sedangkan dia sedang enak menjamu selera dan bermadu kasih bersama kekasih baru di luar.
Isteri jugalah terpaksa mengambil alih sehingga ‘tidak cukup tangan’ melayan anak-anak, menyediakan makan-minum suami dan anak-anak, membayar bil-bil dan sebagainya.
Hilang Kehangatan Asmara
Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya golongan hawa untuk sentiasa mendapat perhatian dan belaian daripada seorang yang bernama lelaki.
Keletihan seorang isteri bakal reda dan hilang sekelip mata hanya dengan ciuman, pelukan atau pujian daripada suami tercinta namun, semua ciuman, pelukan mahupun pujian ini terus hilang apabila lelaki mencecah umur 40 tahun.
Pandang isteri pun seperti nak tak nak sahaja. Sudah pasti perangai lelaki ini mengecewakan hati si isteri.
Selain itu juga,anda juga boleh melihat perangai lelaki yang berubah ketika usia mencecah 40 tahun seperti:
Berlebihan membeli pakaian baru dan mengambil masa yang lebih untuk kelihatan tampan dan bergaya.
Perubahan kepada stail rambut.
Melepak dengan generasi yang berbeza.
Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga kemudaan dan ketampanan wajah.
Membeli kereta pacuan empat roda atau motosikal berkuasa tinggi.
Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan dengan kerjaya sekarang.
Mencuba pelbagai jenis dan cara diet.
Melanggan majalah khas untuk lelaki.
Ingin sentiasa mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar.
Menyembunyikan umur sebenar.
Mula mendengar lagu-lagu Indie atau lagu-lagu yang lebih ‘muda’.
Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’.
Sukakan pakaian berwarna terang dan yang ketara tidak sesuai dengan peringkat umur.
Tips Mengatasi Perangai Suami Yang Miang
Berikan Layanan ‘A+’
Sudah tiba masa untuk anda lakukan perubahan diri. Tampilkan semula kecantikan anda yang dahulu ketika suami anda sedang tergila-gilakan anda ketika muda.
Hiaskan diri anda. Sambutlah kepulangan dia dengan senyuman bukannya leteran dan ucapkan perkataan yang membolehkan dia merasai dirinya dihargai.
Biarkan dia melakukan aktiviti seperti membaca,menonton televisyen dan buatkan minuman kesukaannya. Layanlah suami anda seolah-olah dialah RAJA dengan sebaiknya ketika si dia sangat memerlukan.
Hangatkan kembali asmara anda berdua. Tiada sebab seorang lelaki hendak bersusah payah mencari di luar jika dia boleh mendapat kesemuanya di rumah.
Terapkan Suasana Keimanan Dalam Rumah Tangga
Memang nafsu masih menggila tetapi apabila melihatkan anda yang semakin cenderung ke arah keagamaan, sedikit sebanyak timbullah perasaan untuk membuat perubahan diri.
Kerapkan membaca Al-Quran, bangun solat tengah malam dan membuka rancangan-rancangan agama di radio mahupun televisyen.
Anda juga boleh mengajak suami anda untuk menemani anda mendengar ceramah agama di di mana-mana tempat yang anda mahu. Gunakan peluang ini untuk keluar bersama sambal menginsafi diri.
Letakkan juga buku-buku motivasi keagamaan di atas meja di ruang tamu. Jika dia tidak mahu membaca sekalipun, moga-moga tajuk-tajuk berkenaan cukup memberikan hentakan di hatinya.
Siapa tahu usaha ini sedikit sebanyak membuatkannya segan kepada diri sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak mengenali figura terkenal ini? Nama Fattah Amin menjadi fenomena dalam dunia hiburan negara apabila persembahan lakonannya acapkali membuatkan para penonton puas dengan lakonannya. Bijak dalam permainan wata dan emosi, menjadikan ia kunci Fattah Amin menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu, golongan wanita pasti ternanti-nanti kemunculannya di kaca televisyen dan juga di mana-mana majlis.
Mengenai gaya fesyennya, Fattah kini mula membiasakan diri dengan gaya fesyen yang baru, dan ia terbukti bahwa Fattah acapkali kelihatan segak dan trendy setiap kali bertemu peminatnya. Apa yang menarikya, penampilan Fattah tiap kali dilihat menyarungkan helaian bomber jacket. Nampak sesuai dengan tubuh badannya, Fattah Amin bijak memilih rekaan outerwear ini sebagai pelengkap gayanya untuk tampil lebih stailo dan kemas.
Jadi, kepada kamu semua yang sentiasa tertanya-tanya, bagaimana untuk menghasilkan gaya fesyen persis Fattah Amin, pastikan rekaan outerwear bomber jacket ini berada di dalam wardrobe kamu. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kodokushi ialah fenomena dimana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yang panjang. Ia merupakan masalah yang semakin meningkat dalam masayarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodushi.
Ciri-ciri orang sering dikaitkan dengan kodokushi
Lelaki pertengahan usia yang tidak pandai buat kerja rumah
Orang yang mengasingkan diri kerana tidak pandai bersosial
Persekitaran hidup yang tidak baik mungkin disebabkan oleh penyakit atau kewangan.
Kadar perkahwinan juga menurun, dengan golongan lelaki memberi alasan dunia kerjaya mereka terlalu menuntut masa dan terlalu sibuk untuk memikirkan soal rumahtangga, manakala semakin ramai wanita memasuki alam pekerjaan dan tidak lagi bergantung kepada lelaki. Atas sebab menjaga adab pula, warga emas Jepun tidak mahu membebankan jiran untuk mengharapkan bantuan dalam kes-kes kecemasan, menyebabkan kurangnya interaksi.
Selain daripada itu, kebanyakkan lelaki Jepun ketika muda menumpukan kerja di syarikat sehiggakan mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, membersihkan rumah dan lain-lain. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi orang yang menjaga makan dan minum mereka, mereka tiada tempat bergantung sekiranya menghadapi masalah.
Lelaki Jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi lepas mereka telah bersara, mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri di dalam rumah. Jadi bila berlaku kematian , tiada siapa yang sedar.
Sedih bila membayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi pada masa yang sama tiada tempat untuk mengadu dan teman berberbicara. Cuma mampu berpesan pada jiran ” kalau tingkap rumah aku tidak berbuka esoak, maksudnya aku dah mati” Itu adalah realiti bagi kebanyakkan warga emas di Jepun
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.