Fesyen

Jersi Bola Sepak Kini Menjadi Item Fesyen Gaya Hidup Trendy

Share

Di kalangan peminat bola sepak, jersi bukan lagi satu perkara asing dalam kehidupan mereka. Ia menjadi sebahagian daripada bentuk sokongan mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Jika diperhatikan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, jersi bola sepak telah mengalami transformasi luar biasa. Ia kini lebih daripada sekadar pakaian sukan menjadi elemen fesyen yang digilai ramai.

Fenomena ini tidak hanya terhad kepada peminat sukan, malah ia merentasi semua golongan, termasuk penggemar fesyen dan gaya hidup lelaki.

Jersi bola sepak kini menjadi sebahagian daripada trend fesyen terkini apatah lagi hadir dengan rekaan, warna serta identiti unik tersendiri.

Legenda bola sepak – Alessandro Del Piero, Rio Ferdinand, Zidane, Patrick Vieira dan Bastian Schweinsteiger menggayakan jersi bekas pasukan masing-masing.

Setiap pengeluar dan pasukan bola sepak juga dilihat berlumba-lumba memperkenalkan reka bentuk jersi yang unik, selain membawa kisah tersendiri di sebalik sejarah pasukan.

ANTARA GAYA DAN KESELESAAN

Tidak hairanlah jika kita lihat jersi bola sepak ini dipakai di mana-mana sahaja — dari pusat membeli-belah hingga ke acara formal yang santai.

Tambahan pula, jersi bola sepak sering kali dihasilkan menggunakan teknologi fabrik yang canggih, menjadikannya selesa dan sesuai dipakai dalam pelbagai cuaca.

Kain yang ringan dan breathable, serta reka bentuk yang selesa, menjadikan jersi ini pilihan ideal untuk lelaki yang mementingkan keselesaan dalam gaya hidup aktif mereka.

Kepraktisan ini turut menyumbang kepada popularitinya dalam kalangan mereka yang ingin tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan.

Permintaan tinggi terhadap jersi retro juga dilihat semakin meningkat. Lihat sahajalah Harga pasaran jersi-jersi yang dikeluarkan pada era 90-an dan awal 2000-an pasaran. Dengan kondisi yangbaik ia boleh mencecah ribuan ringgit.

Trend ini juga diperkuatkan dengan pengaruh media sosial dan selebriti yang sering menggayakan jersi bola sepak dalam gaya kasual harian mereka.

KOLEKSI JERSI KETIGA DARI ‘TIGA JALUR’

Selebriti terkenal seperti David Beckham, Drake, dan Pharrell Williams telah membantu mempopularkan jersi ini sebagai sebahagian daripada pakaian jalanan (streetwear) yang digemari.

Golongan selebriti ini bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan, malah juga pencinta fesyen yang sentiasa mencari inspirasi gaya baharu.

Jersi ketiga Arsenal

Salah satu jenama yang cukup sinonim ialah adidas yang menjadi pengeluar untuk kelab gergasi terkenal di Eropah.

Sempena ketibaan musim baharu liga-liga utama di Eropah dan juga ulang tahun ke-75 adidas Orinals, jenama ‘three stripes’ ini menampilkan koleksi jersi ketiga untuk lima pasukan Utama iaitu Real Madrid, Manchester United, Bayern Munich, Juventus dan Arsenal.

Jersi ketiga Manchester United

BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024

Lebih menarik menerusi jersi ketiga kesemua pasukan tersebut menampilkan logo ikonik trefoil berserta lencana unik dengan rekaan menyerlahkan bukan sahaja gaya malah identity tersendiri.

Logo trefoil adidas sudah sejak sekian lama menjadisimbol gaya fesyen jalanan kontemporari.

Jersi ketiga Bayern Munich
Jersi ketiga Juventus

Sebelumnya digunakan secara eksklusif untuk koleksi adidas Originals dan jersi edisi terhad, trefoil ini kini menghormati sejarah sukan dan peranan fesyen dalam permainan moden.

Jersi ketiga Real Madrid

Menampilkan hem lurus kasual, label trefoil asli, dan lambang kelab unik, jersi ini berbeza dari jersi tempat sendiri dan lawan, menambah elemen fesyen pada padang bola sepak.

Kesemua koleksi jersi ketiga lima kelab tersebut kini boleh didapati di butik terpilih adidas dan juga laman e-dagang rasmi mereka di sini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

IKLAN