jerawat badan lelaki
Foto: freepik - www.freepik.com

Bila sudah memasuki usia matang, masalah jerawat pada wajah akan semakin berkurangan di kalangan lelaki. Disebabkan itulah ramai lelaki yang berusia penghujung 20-an dan 30-an, saham mereka meningkat tinggi. Tapi masalah lain pula boleh muncul dalam bentuk jerawat pada badan.

Jerawat pada badan mungkin terselindung di sebalik pakaian anda. Tapi cuba bayangkan bila anda berada di gimansium atau di pusat peranginan seperti pantai. Mahua tau tidak baju pasti akan dibuka untuk selesa melakukan aktviti.

Jadi usah biarkan kebersihan diri diabaikan sehingga muncul banyak jerawat pada bahagian badan, Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

MANDI HABIS BERSENAM

Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.

IKLAN

BODY WIPES

Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.

jERAWAT LELAKI BADAN ELAK
Foto: serhii_bobyk – www.freepik.com

PRODUK SESUAI

Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.

TUALA BERSIH

Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.

Foto: jcomp – www.freepik.com

TUALA BERBEZA 

Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.

JANGAN BERKAKI AYAM

Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.

Ikuti video workout di YouTube MASKULIN seperti di bawah. Anda boleh follow kami di sana juga!