Jerawat Badan, Anda Mungkin Sedang Dilanda….

Share
7 cara kurangkan jerawat badan yang memang memburukkan kulit anda itu dengan cara ini. Selamat berjaya!
1. Mandi dengan lebih kerap
Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan sekali. Ini kerana jika anda mandi dengan lebih kerap, maka anda dapat merasakan kulit dan liang-liang kulit anda akan lebih bersih dan segar pada setiap masa. Ianya juga dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Haruslah diingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat di badan.
2. Tukar sabun atau gel mandian yang sesuai
Ada kemungkinan besar juga bahawa jerawat badan mulai tumbuh adalah disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Jadi anda seharusnya  menukar sabun mandian yang biasa anda gunakan kepada sabun mandian yang baru dan kandungannya telah dibuktikan secara klinikal serta tidak mempunyai sebarang bahan yang boleh menyebabkan alergi pada kulit anda.
3. Tukar detergen
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan bahan kimia, anda bolehlah beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang dimana menjadikan kain cucian lebih lembut dan juga boleh membunuh kuman dengan betul. Oleh itu sentiasa ingat bahawa apabila anda memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan sebarang pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya akan mengelakkan jerawat tumbuh pada badan anda.
4. Minum air dengan lebih banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah amat penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di tubuh dalam badan anda. Minum air juga dapat membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan ianya  juga menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu ianya dapat melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.
5. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
Apabila anda makan terlalu banyak dan kerap makan  makanan bergoreng, ianya akan meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. ini akan menyebabkan liang kulit anda tersumbat dengan minyak, oleh yang demikian kelenjar badan anda kemudianya akan menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dan keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan jerawat pada badan.
6. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh adalah punca kepada pertumbuhan jerawatpada badan. Adalah amat penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar bagi membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurna. Anda juga perlu memilih fabrik yang lembut dan ringan yang dimana membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen.
7. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera adalah salah satu bahan melegakan kulit daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu untuk mengeringkan jerawat dan dapat  mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.
Sumber : RamenPedas
Published by
Kim Rahim