Pengeluar kereta premium terkenal, BMW memperkenalkan edisi BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport baharu untuk pasaran tempatan.
Menariknya edisi istimewa ini merupakan yang dipasang di dalam negara ini tiba dengan kelengkapan tambahan untuk memperkayakan lagi pengalaman pemanduan bertaraf premium yang disajikan oleh jentera sedan sport terlaris tersebut dalam segmen premium industri automotif Malaysia.
BMW 320i M Sport Edisi Terhad yang baharu akan hadir dengan Pakej M Sport, disempurnakan dengan set roda aloi ringan M 18 inci dalam penggayaan dwiruji 790 M untuk menaik taraf daya tarikan sporty varian baharu ini.
Di dalam, varian tersebut juga akan didatangkan dengan stereng sport berciri boleh ubah bermaterialkan kulit, di samping siling kereta antrasit.
Manakala jentera BMW 330i M Sport Edisi Terhad pula akan menampilkan bumbung kaca elektrik serta sistem bunyi keliling Harman Kardon, justeru setiap pemanduan dapat diisi dengan kepuasan yang maksimum. Turut menambah tarikan sporty BMW 330i M Sport ialah set roda aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan dwiruji 791 M.
Tawaran warna eksterior bagi kedua-dua varian edisi terhad ini termasuk Alpine White, Black Sapphire, Mineral Grey, serta M Portimao Blue. Upholsteri interior disediakan secara eksklusif dalam material kulit Vernasca dengan rona hitam.
Pemilik jentera BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi Terhad ini juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi jentera BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi baharu, termasuk Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
Edisi BMW 320i M Sport Baharu RM262,800.00
Edisi BMW 330i M Sport Baharu RM304,800.00