Pasaran dua roda semakin hangat dengan ketibaan model-model baru tentunya sempena perlumbaan MotoGP hujung minggu ini. Salah satu model dari Itali ini tidak ketinggalan membawa masuk dua model baharu bersama penampilan khas pelumba Pasukan Perlumbaan Aprilia, Sam Lowes. Sayangnya, Aleix Espargo tidak dapat turut serta pada acara berkenaan akibat kecederaan.

Pihak Naza Premira memperkenalkan Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory ke pasaran tempatan. Untuk makluman generasi pertama Aprilia RSV4 pertama kali dikeluarkan pada 2008. Boleh dikatakan lencana RSV4 merupakan motosikal kasta tertinggi dan kebanggaan Aprilia dalam segmen motor supersport dunia. Jentera ini didatangkan dengan prestasi berkuasa dan kelajuan yang tinggi.

JENTERA BERKUASA APRILIA RSV4 RF KINI DI MALAYSIA- HARGA RM 127, 571 SEUNIT

Jentera berkenaan memiliki perangkat elektronik moden dan canggih. Ia juga beberapa kali memenangi perlumbaan WSBK. Kurang percaya?. Supersport RSV4 merupakan motosikal yang menghantar legenda Max Bianggi merangkul kemenangan sehingga sembilan kali di World Superbike Racing.

Dan..terkini pasaran tempatan menerima model RSV4 RF versi tertinggi. Menariknya RSV4 RF memakai warna Superpole ala livery yang digunakan di perlumbaan World Superbike. Kerana sudah terkenal di lintasan perlumbaan, tentunya anda sudah dapat mengandaikan susuk kuda besi buatan Aprilia ini.

 

REKAAN:

JENTERA BERKUASA APRILIA RSV4 RF KINI DI MALAYSIA- HARGA RM 127, 571 SEUNIT

Desain sporty mewakili imejnya sebagai jentera perlumbaan bersesuaian dengan taqlinenya ‘direka untuk pelumba, dibangunkan untuk penunggang‘. Ciri aerodinamik sangat baik yang menyokong kelajuan maksimum saat menunggang.

Pandangan depan diserlahkan menerusi rekaan lampu unik yang menjadi ciri khas motor Aprilia iaitu tiga buah lampu saling terpisah. Ia juga didatangkan dengan ciri LED untuk pencahayaan lebih terang.

Cermin penghalang angin juga agak tinggi untuk melindungi terpaan angin daripada depan. Posisi duduk RSV4 RF sedikit menunduk dan seperti posisi tunggangan pelumba. Sementara, hendal jenis underyoke dipadankan dengan panel instrumen digital yang menawarkan dua skrin berbeza di tengahnya.

IKLAN

Tangki minyak bersaiz 18.5 liter (termasuk bahagian simpanan 4L) direka dengan lekukan di kiri dan kanan buat penunggang meletakkan bahagian lutut mereka. Manakala rekaan belakangnya sedikit tirus tanpa pelana untuk penumpang belakang.

 

RANGKA:

JENTERA BERKUASA APRILIA RSV4 RF KINI DI MALAYSIA- HARGA RM 127, 571 SEUNIT

RSV4 RF dibangunkan menggunakan rangka aluminium yang ringan dan kukuh. Di bahagian depan menggunakan suspensi Ohlins NIX USD 43mm yang mana peredamnya boleh dilaras. Manakala bahagian belakang dipasang dengan Ohlins TTX monoshock yang mana nisbah dan rendamannya boleh di laras dan pemilik juga boleh mengatur panjang jarak sumbu roda.

Bahagian kaki dipadankan dengan rim aloi aluminium bersaiz 17 inci bersama tayar 120/70 (depan) dan tayar belakang yang lebih besar 200/55.

IKLAN

Sektor brek tersangat penting bagi menghentikan jentera seberat 180kg ini. Justeru itu, Aprilia mempertaruhkan cakera terapung berganda bersaiz 330mm di depan dan cakera 220mm di belakangnya. Operasi membrek lebih selamat dengan adanya ciri ABS dari Bosch.

 

PRESTASI:

JENTERA BERKUASA APRILIA RSV4 RF KINI DI MALAYSIA- HARGA RM 127, 571 SEUNIT

Aprilia RSV4 RF ini bukanlah jentera biasa. Motor tersebut memiliki tenaga sebesar 201hp pada 13, 000rpm dan tork 115Nm pada 10, 500rpm.

Enjin bersesaran 999.6cc DOHC penyejukan cecair, 4-silinder itu turut dipadankan dengan teknologi Ride by Wire serta dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih seperti Unit Kawalan MM 7SM bersama 64 MHZ overclock.

IKLAN

Agihan kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dan dipadukan dengan teknologi Aprilia Quick Shift (AQS).

Dikatakan kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh jentera ini ialah 250km/j.

 

PERALATAN ELEKTRONIK:

JENTERA BERKUASA APRILIA RSV4 RF KINI DI MALAYSIA- HARGA RM 127, 571 SEUNIT

Jentera yang mematuhi regulasi Euro4 itu didatangkan dengan sistem elektronik standard antaranya Aprilia Performance Ride Control, Traction Control (ATC), Wheelie Control (AWC), Launch Control (ALC), kawalan kruise (ACC), pit limiter (APL), ABS selekoh, V4-MP, kotak gear elektronic up dan down (AQS).

 

HARGA:
Harga jualan RSV4 RF ialah RM 127, 571 seunit (termasuk GST). Sebagai permulaan, Naza Premira membawa masuk lapan unit dan kesemuanya telah ditempah. Buat anda yang berminat perlu menunggu ketibaan stok seterusnya.

 

GALERI

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI