Jennifer Aniston Pecah Rekod Instagram, 1 Juta Follower Dalam Tempoh 5 Jam!

281

Bagi ramai lelaki terutamanya generasi yang kini sudah berusia 30 tahun ke atas nama Jennfier Aniston mungkin sangat mekar di hati anda semua.

Bintang yang terkenal melakonkan watak sebagai Rachel menerusi sitkom legenda ‘Friends’ ini ternyata masih mempunyai aura yang sangat luar biasa.

Kecantikannya di sebalik peningkatan usia juga menyebabkan ramai lelaki dan juga wanita tertawan dengan setiap penampilannya sama ada di media cetak, elektronik atau di laman media sosial.

BACA: Wahai Lelaki, Ketahuilah Wanita Suka Perhatikan Anda Di 8 Bahagian Badan Anda

Ramai peminatnya ternanti-nanti akauan Istagram kendaliannya bagi mengikuti apakah perkembangan semasa serta serba sedikit rahsia di sebalik karier Jennifer Aniston.

Penantian itu berkahir semalam selepas aktres berusia 50 tahun itu telah membuka akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

And now we’re Instagram FRIENDS too. HI INSTAGRAM 👋🏻

A post shared by Jennifer Aniston (@jenniferaniston) on

Lebih menarik, Jennifer Aniston menerusi akaunnya, @jennieraniston telah berjaya memecahkan rekod Instagram dengan mengumpul 1 juta follower dalam tempoh paling singkat.

Selepas 5 jam akaun Instagram kendaliannya dicipta, Jennifer telah berjaya mengumpul seramai 1 juta follower!

Dan lebih membuatkan peminat teruja ialah foto pertama yang dimuat naik olehnya menampilkan rakan-rakannya daripada ‘Friends’ iaitu Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer.

Foto pertama itu hadir dengan kapyen berbunyi, “Verified And now we’re Instagram FRIENDS too. HI INSTAGRAM!”.

Sehingga artikel ini ditulis, Jennier Aniston lebih mengumpul 5.7 juta follower dan foto pertama dimuat naik tersebut telah berjaya mendapat lebih 7 juta likes!

Selamat datang ke Instagram si jelita!