Lumrah bagi pemilik terutamanya yang baru dapat kereta keinginan untuk melakukan ubah suai memang cukup tinggi sekali. Di antara jenis ubah suai yang MASKULIN perasan ramai orang lakukan ialah pada lampu hadapan dan belakang.
Ada yang ingin ubah suai untuk nampak lebih mengancam dan cantik. Manakala tidak kurang juga melakukan ubah suai dengan niat meningkatkan tahap kecerahan atau jadi lebih biasa dari lampu standard.
Namun tahukah anda bahawa sebenarnya banyak jenis ubah suai yang popular dan ramai orang lakukan sebenarnya tidak dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebab itulah ramai yang seakan ternganga apabila mereka disaman oleh JPJ disebabkan kesalahan ubah suai lampu kereta.
Di bawah MASKULIN senaraikan beberapa jenis ubah suai yang sebenarnya tidak dibenarkan.
1. Ubah suai lampu HID secara retrofit tidak dibenarkan!
2. Ubah suai lampu hadapan atau belakang jadi ‘smoked colour’ atau gelap – tidak dibenarkan!
3. Ubah suai lampu depan atau belakang jadi berkelip-kelip juga tidak dibenarkan.
4. Pemasangan spotlight tidak dibenarkan. Kecuali kepada kereta empat pacuan roda bagi kegunaan off road.
5. Letak stroke. Itu lagi memang tak boleh. Hanya agensi penguatkuasaan dan dibenarkan pihak berkuasa sahaja boleh menggunakan lampu stroke!
Ketahuilah bahawa lampu kereta standard yang keluar dari kilang sebenarnya sudah cukup memadai untuk penggunaan konvensional dan harian anda. Usahlah terlalu teruja untuk melakukan ubah suai yang sebenarnya tidak perlu pun!
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!