Popular di negara Kanada serta di Amerika, kini topi jenis ini menjadi pilihan aksesori untuk golongan jejaka di luar sana untuk kelihatan lebih bergaya. Jika dahulu jenis topi ini dipakai pada musim luruh/sejuk, tapi pada hari ini, ia dipakai oleh mereka yang inginkan sesuatu kelainan.
The Beanie ini mempunyai rekaan yang berbeza dari segi panjang, lebar, tahap ketebalan material, serta pilihan warna. Serlahkan aura maskulin anda dengan warna-warna seperti biru gelap, hitam, coklat emas serta kelabu.
Barangkali mungkin topi jenis ini bukan lagi menjadi penggemar anak muda masa kini yang mahukan sesuatu yang baru. Mungkin kerana rekaannya yang terlalu sederhana serta ringkas. Malah rekaan topi ini lebih popular di kalangan nelayan atau mungkin juga buruh kampung.
Tetapi pada awal tahun 1960, industri fesyen seluruh dunia mula mengetengahkan gaya pemakaian topi jenis The Bucket Hat ini dengan rekaan yang lebih moden serta pilihan warna yang lebih terang. Penggunaan fabrik seperti cotton, denim serta kanvas menjadikan ia lebih selesa apabila dipakai. Rekaannya berubah dari semasa ke semasa. Lebih lebar serta luas.
Rekaan topi sebegini mampu menjadikan anda tampak lebih santai serta tidak terlalu berusaha untuk menjadi seseorang yang berstail. Gayakan bersama sehelai t-shirt, bomber jacket serta celana denim cukup menjadikan anda seorang yang kasual.
Kebiasaannya, rekaan jenis ini selalunya dipakai dalam mana-mana acara sukan khususnya sukan besbol mahupun bol sepak. Setiap penyokong akan memakai topi jenis ini bersama-sama dengan cetakan logo di bahagian depan topi dan akan mewakili kelab kesukaan mereka. Hakikatnya, pada hari ini, topi rekaan ini digayakan bersama sepasang sut dalam acara formal. Pelik bukan?
Untuk gaya yang lebih menarik, anda boleh padankan dengan jaket kulit berserta kasut jenis boot. Bagi anda yang memilih untuk gaya ringkas dan minima, padankan dengan sehelai kemeja dan seluar denim. Mungkin juga anda boleh gayakan dengan stail terbalik. Tampak lebih bersahaja.
Klasik dan mewah. Penggayaan reka bentuk topi jenis ini menjadikan anda seolah-olah daripada golongan elit.
The Panama direka dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz. Jika anda mempunyai bentuk muka yang besar, amat sesuai jika anda memakai topi ini dengan saiz yang lebih luas. Tetapi jika anda mempunyai bentuk muka yang sedikit kecil, gayakannya dengan rekaan yang lebih kecil dan tidak begitu luas. The panama ini sesuai dipadankan dengan sepersalinan tuxedo serta kasut kulit hitam. Ia sudah cukup menjadikan gaya anda lebih mewah.
Pada abad ke-14, topi jenis ini dipanggil bonnet di Northern England serta Southern Italy. Fabrik yang selalu digunakan adalah seperti wool, kapas, tweed, kulit, linen serta corduroy. Lazimnya, topi jenis ini dipakai oleh mereka yang gemarkan aktiviti sukan seperti golf.
Bukan itu sahaja, malah di negara Eropah lain, pada awal abad ke-20, penggunaan topi ini dipakai oleh pelajar sekolah, pekerja pejabat serta mereka yang menghadiri ke majlis formal. The Flat Cap ini juga direka dengan pelbagai jenis saiz yang berbeza.
Pastikan anda memilih corak yang bersesuaian dengan baju di tubuh anda. Pemilihan warna juga amat penting untuk memastikan gaya anda tidak terlalu berserabut. Topi ini boleh dipakai bersama-sama dengan seluar chinos untuk kelihatan lebih kasual.
Mungkin anda boleh menjadi Richard Dick Berggren yang seterusnya.
sumber: lelakisihat.com