Tujuan kita melakukan senaman ialah untuk mendapatkan kesihatan yang baik, membakar kalori serta menguatkan stamina. Namun bayangkan bila senaman anda lakukan dengan bersungguh-sungguh rupanya tidak memberikan hasil seperti yang disangkakan.
Pastinya anda akan berasa sangat kecewa bukan? Mana tidaknya keringat yang ditumpahkan bukannya mudah untuik dikeluarkan. Disebabkan itulah anda perlu menekankan beberapa faktor penting dalam memastikan senaman sentiasa lebih efektif dan memberikan hasil yang baik.
Faktor seperti tabiat dan pengembailan beberapa jenis pemakanan boleh mempengaruhi senaman anda.
Jika tak mahu usaha anda untuk bina otot jadi sia-sia, elak melakukan lima perkara ini.
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak memgambil makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum workout.
Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal workout, ketahuilah badan akan mula lemah secara drastik semasa pertengahan workout, sekali gus mengundang rasa pening kepala.
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan sesi workout.
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ merupakan mitos yang salah semata-mata.
Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir glycogen iaitu sel dari glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot anda mudah penat dan lemah.
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga lebih daripada satu tin bakal membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata.
Apabila tidur anda tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin workout dan pemakanan anda juga bakal terganggu seterusnya merosakkan impian anda untuk miliki bentuk badan yang diidamkan.
Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk anda makan telur mentah sebagai makanan sebelum workout. Namun ada risiko lebih-lebih lagi jika anda miliki perut yang tidak tahan atau lasak iaitu mengalami keracunan bakteria Salmonella.
Keracunan makanan ini bakal mengundang diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake 45 minit sebelum workut.
Semoga perkongsian ini memberikan semangat untuk anda terus bersenam lebih mantap! Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN ini update terkini!