Isi Kandungan
ToggleBuat anda yang memiliki kereta baharu pastinya berasa cukup sensitif dan peka dengan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kereta. Namun sebenarnya ramai tidak sedar bahawa ada beberapa tabiat yang dianggap normal sebenarnya bolegh membawa banyak keburukan kepada kereta anda.
Malah jika dilakukan secara berterusan ia boleh merosakkan bukan satu tetapi banyak komponen kereta. Malah kos membaiki untuk sesetengah kerosakan itu sangatlah. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, anda harus kenal pasti apakah tabiat yang boleh merosakkan kereta. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis tabiat yang boleh anda elak bermula hari ini!
TERUS LENJAN KERETA SELEPAS ENJIN DIHIDUKAN
Kebanyakan kereta baharu di pasaran memang tidak memerlukan anda tunggu masa lama untuk dia ‘warm up’. Namun jika anda amalkan terus bawa kereta dengan tekan minyak atau lenjan dengan terus boleh menyebabkan berlakunya tekanan tinggi pada enjin kerana minyak enjin belum berada pada tahap optimum.
Jadi bawalah secara relaks dahulu ya. Selepas dalam tempoh 15 minit barulah boleh tekan seadanya.
TIDAK BREK DENGAN ELOK BILA MELALUI BONGGOL
Ini juga salah satu tabiat yang boleh menyebabkan kereta baru jadi rosak lebih cepat. Sama seperti kenderaan lain kereta juga mempunyai sistem suspension yang cukup sensitif.
Jika anda ‘langgar’ sahaja bonggol tanpa brek dengan baik, ia bukan sahaja merosakkan sistem suspension malah boleh merosakkan mounting kereta dan juga casis boleh menjadi longgar. Bila rosak bukan sahaja susah nak dibaiki malah memakan kos yang tinggi.
PUSING STERENG DENGAN KUAT
Stereng merupakan komponen yang sangat penting dalam memberikan navigasi yang baik terhadap kereta. Disebabkan itulah anda juga perlu lebih peka dan berhati-hati untuk tidak terlalu kasar apabila memusingkan stereng.
Jika disentap kuat streering rack boleh rosak dan mengeluarkan bunyi. Lama-kelamaan pemanduan pun akan rasa tidak lancar seperti sedia kala.
TIDAK MENGGUNAKAN LAMPU ‘SIGNAL’
Apa kaitan lamou signal dengan kerosakan pada kenderaa? Mungkin itu yang bermain di fikiran anda. Tahukah anda banyak kemalangan jalan raya berlaku akibat daripada sikat pemandu yang tidak memberikan lampu signal ketika hendak membelok?
Jadi gunalah lampu signal setiap kali ingin membelok atau menukar lorong. Anda selamat, kereta pun selamat!
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda!
Kredit: TikTok Wapcar_adrian
https://www.youtube.com/watch?v=Y7lsu0khi6U&t=170s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tuntutan Insurans Kemalangan Langgar Haiwan Liar
Isi Kandungan
ToggleAdakah anda boleh melakukan tuntutan insurans kemalangan apabila langgar haiwan liar? Semalam satu berita cukup menyayat hati telah menggemparkan kita semua di sebalik kegembiraan Aidilfitri apabila seekor anak gajah telah mati akibat terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV.
Kemalangan jalan raya melibatkan haiwan liar merupakan salah satu isu yang bukan berlaku baru-baru ini sahaja.
Malah ia menjadi satu isu serius terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan hutan atau habitat haiwan. Kenderaan yang melibatkan haiwan liar boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada kenderaan dan juga boleh membahayakan nyawa haiwan tersebut serta pemandu dan penumpang.
Lalu membuatkan persoalan adakah kita boleh melakukan tuntutan insurans jika berlaku kemalangan melibatkan haiwan liar?
Mengenali Risiko Kemalangan Dengan Haiwan Liar
Negara kita yang tercinta, Malaysia merupakan adalah negara yang kaya dengan biodiversiti dan sering kali, haiwan liar seperti tapir rusa, dan lain-lain, akan melintas jalan raya yang menghubungkan antara satu kawasan hutan dengan kawasan hutan yang lain.
Perkara ini sering berlaku di kawasan pedalaman dan kawasan yang berdekatan dengan taman negara atau hutan simpan. Kemalangan ini boleh berlaku apabila haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan tanpa diduga oleh pemandu, sehingga menyebabkan pemandu terpaksa melakukan pengereman mendadak atau mengelak, yang boleh menyebabkan kemalangan.
Proses Tuntutan Insurans
Jika anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan haiwan liar, anda boleh membuat tuntutan insurans asalkan anda mempunyai polisi insurans komprehensif.
Tuntutan ini akan dibuat di bawah kategori ‘own damage’ dimana anda perlu membayar deduktibel (jika ada) dan tuntutan ini akan mempengaruhi kadar NCD (No-Claim Discount) anda. Ini bererti, jika anda membuat tuntutan, kadar NCD anda akan dikurangkan dan ini akan meningkatkan jumlah premium insurans yang perlu dibayar pada tahun berikutnya.
Untuk memulakan proses tuntutan, anda perlu mengambil beberapa langkah penting. Pertama, pastikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada polis serta menghubungi syarikat insurans anda sesegera mungkin.
Anda juga akan perlu mengambil gambar tempat kejadian, kerosakan pada kenderaan, dan haiwan yang terlibat, jika boleh. Dokumentasi ini sangat penting sebagai bukti untuk proses tuntutan insurans.
Langkah-Langkah Pencegahan
Penting bagi pemandu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan haiwan liar. Beberapa tips pencegahan termasuk:
- Perhatikan Papan Tanda: Selalu perhatikan papan tanda khusus yang menunjukkan kemungkinan adanya haiwan liar yang melintas. Papan tanda ini biasanya dipasang di kawasan yang sering terjadi penyeberangan haiwan.
- Kurangkan Kelajuan: Kurangkan kelajuan anda terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot untuk haiwan liar melintas. Mengurangkan kelajuan dapat memberi anda lebih banyak masa untuk bertindak balas jika ada haiwan yang tiba-tiba melintas.
- Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak: Gunakan lampu tinggi ketika memandu di kawasan gelap untuk meningkatkan visibiliti, tetapi pastikan untuk beralih ke lampu rendah apabila bertemu dengan kenderaan lain untuk mengelakkan silau.
- Lebih Berwaspada Pada Waktu Subuh dan Senja: Haiwan liar lebih cenderung untuk bergerak pada waktu subuh dan senja. Oleh itu, tambahkan kepekaan dan kehati-hatian semasa memandu pada waktu-waktu ini.
- Ikuti Arahan dan Latihan Keselamatan: Ambil bahagian dalam kursus atau latihan keselamatan pemanduan yang mungkin mengajar tentang cara-cara untuk mengelakkan kemalangan dengan haiwan liar.
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya, pemandu dapat meminimalkan risiko kemalangan yang melibatkan haiwan liar serta memastikan mereka mendapat perlindungan insurans yang cukup jika kemalangan tersebut tidak dapat dielakkan.
Ingatlah, keselamatan anda dan haiwan liar sama pentingnya dan tindakan pencegahan boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: BJAK
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Tertipu Dan Di Tipu Lagi Bab-Bab Kereta Ni, Ini Patut Korang Tahu
Tak semua lelaki pakar bab-bab kereta ni, yelah setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi untuk mengelakkan kita ditipu hidup-hidup. Better ambil tahu hal ini walaupun tak pakar janji tidak mudah kena tipu hidup-hidup dengan bengkel yang membaiki kereta kamu tu.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik – mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L…begitu la citernya
5. Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6. Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8. Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”
- Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
- Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
- Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
- Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
- Flush? kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
14. Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
15. Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
16. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
17. Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
18. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
19. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
20. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Sumber : Fb Limau Ais
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Baru Tahu Yang Jual Beli ‘Zero Down Payment’ Salah Di Sisi Undang-Undang!
Isi Kandungan
ToggleSelama ini ramai yang tidak tahu aktiviti membeli kereta dengan tawaran ‘zero down payment‘ adalah salah di sisi undang-undang.
Ini kerana tawaran penjualan tanpa deposit yang dibuat syarikat penjual kereta hanyalah taktik untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Taktik tarik ramai pelanggan
Selain memanipulasi pelanggan, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam mendedahkan, menerusi tawaran sedemikian memang dapat menarik lebih ramai pembeli.
Ini kerana pembeli kononnya tidak perlu menyediakan simpanan wang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan dan dapat memandu kenderaan idaman dengan lebih pantas.
Senarai hitam mungkin menanti
Bagi ramai yang tidak mengetahui, sistem pembeli perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan daripada harga kenderaan itu sebenarnya bertujuan baik.
Ia bukan sahaja dapat mengelakkan pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi malah membantu pembeli untuk membayar ansuran bulanan pada nilai yang lebih rendah.
Boleh dikenakan tindakan
Berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian.
Jika syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.
Sehubungan itu, beberapa kedai yang menjual kenderaan dengan ‘zero downpayment’ telah diambil tindakan dan ini menunjukkan betapa seriusnya isu ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI