Atasi Masalah Kelemumur Teruk & Keruping Kulit Kepala Dengan Beberapa Syampu Ini

Share

Tanyalah mana-mana lelaki antara masalah yang cukup menjengkelkan dalam hal penjagaan diri adalah masalah kelemumur. Tidak kiralah lelaki itu dalam bidang jenis apa sekali, kelemumur merupakan masalah yang boleh menjejaskan keyakinan diri.

Buat anda yang ada masalah kelumumur pastinya tertanya-tanya apakah rawatan yang terbaik. Dan apakah jenis syampu yang mampu membantu anda mengurangkan masalah kelemumur.

Sebelum kita mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu kenalilah apakah punca berlakunya kelemumur. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Iskandar Mirza

menerusi satu bebenang ciapan di laman media sosial Twitter kendaliannya.

Jelasnya, masalah kelemumur boleh berlaku apabila kulit di badan atau kepala berubah menjadi keruping. Ia tidak membawa sifat berjangkit atau merupakan sakit serious.

Namun kondisi ini sebenarnya boleh mengurangkan tahap keyakinan diri apabila berjumpa kenalan atau berjumpa orang lain secara bersemuka.

Masalah kelemumur yang tidak terlalu banyak boleh dikawal dengan menggunakan syampu setiap hari. Akan tetapi jika ia tidak membawa kesan ketara bermakna anda harus menggunakan syampu khas yang mengandungi ubat. Satu perkara yang harus diingat, jika ia hilang itu tak bermakna kelemumur itu tak akan muncul semula.

Kenali Simptoms

  • Keruping di Kawasan kulit badan atau kepala
  • Kulit kepala gatal
  • Kulit kepala bersisik

Ada ketikanya simptom akan menjadi bertabah teruk terutamanya jika berada dalam keadaan stres serta bila musim sejuk dan kering.

Terdapar beberapa penyebab utama mengapa kelemumur boleh muncul.

  • Kulit sensitive, berminyak
  • Tak shampoo dengan kerap
  • Ada jangkitan kulat di kulit kepala
  • Kulit yang kering
  • Kulit sensitive terhadap produk
  • Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan eczema

JENIS SYAMPU MENGIKUT KONDISI

  1. Pyrithione zinc shampoo (Head &Shoulders, DermaZinc)
    Mengandungi anti bakteria dan anti kulat

2) Tar-based shampoos (Neutrogena T/Gel)
Tar memperlahankan kematian sel – sel kulit di kepala daripada menjadi keruping.

3) Shampoo mempunyai salicylic acid (Neutrogena T/sal, Baker’s P&S)
Shampoo ini dapat membuang sisik kelemumur

4) Selenium sulfide shampoo (Head & shoulders intensive, Selsun Blue)
Mempunyai anti kulat.

5) Ketoconazole shampoo
Dapat membunuh kulat di kulit kapala.

Dan jika anda masih ragu-ragu akan jenis syampu dan rawatan sesaui silalah berjumpa dengan pakar kulit.

Semoga perkongsian yang dilakukan oleh Dr Iskandar ini mapmu memberikan manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim