Selain mudah digunakan mesin pencukur atau shaving machine ia juga boleh mempercepatkan proses mencukur dan ia juga senang dibawa ke mana sahaja.
Namun sebelum membeli mesin pencukur terdapat beberapa faktor penting perlu anda pertimbangkan. Usah risau kerana MASKULIN bersedia membantu anda untuk memilih mesin pencukur yang sesuai.
ROTARY ATAU FOIL
Terdapat dua jenis mesin pencukur yang berbeza di pasaran. Kedua-duanya mempunyai sistem memotong yang sedikit berbeza.
Pertama, mesin pencukur rotary. Ia kebiasaannya dilengkapi tiga atau empat kepada penculur yang boleh digunakan dengan bebas di pelbagai permukaan wajah seperti di sekeliling hidung, dagu dan bahagian rahang. Mesin jenis ini sesuai untuk jambang yang panjang atau buat anda yang tidak mahu mencukur dengan pantas.
Manakala mesin pencukur foil pula sangat sesuai buat anda yang mempunyai misai, janggut atau jambang yang pendek dan memerlukan penjagaan harian. Ia juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Jika mempunyai kulit yang tidak terlalu sensitif anda boleh menggunakan mesin pencukur tanpa menggunakan krim. Namun untuk hasil yang lebih memuaskan dan pengalaman bersukur yang lebih selesa anda dinasihatkan menggunakan sedikit krim.
Membeli mesin pencukur yang berjenama, mahal dan berkualiti tidak ada gunanya juga jika tidak pandai mencucinya dengan baik selepas digunakan.
Kebanyakan mesin pencukur di pasaran akan turut menyertakan kit cucian selepas guna. Pastikan setiap kali selepas digunakan anda mencucinya dari sebarang kotoran atau rambut yang melekat.
Seperti kebanyakan peranti yang lain jika mahukan yang terbaik pastinya anda harus melabur sedikit. Sebuah mesin pencukur yang berkualiti boleh didapati dalam harga RM300 hingga RM1200 di pasaran. Percayalah pelaburan ini pasti memberikan satu kepuasaan untuka anda guna dalam tempoh masa yang lama.