Tidak dinafikan selesema sekarang merupakan simptom yang ditakuti ramai. Iyalah, mana tidaknya dengan penularan Covid-19 yang masih ‘menghantui’ kita sejak ia mula merebak ke seluruh dunia sepanjang tahun 2020 ini. Bagi anda yang selesema biasa usah risau, ada beberapa jenis makanan boleh bantu kurangkan gejalanya.
Pertama sekali anda sebagai warga bertanggungjawab perlu pastikan bahawa anda merupakan orang yang bebas daripada sebarang kontak rapat dengan mana-mana individu positif virus tersebut atau tidak pernah lawati zon berisiko tinggi. Sebagai contoh sekarang jika anda pulang dari negeri Sabah.
Jika anda bebas daripada dua perkara di atas, usah risau jika anda selesema biasa. Bahkan simptom Covid-19 sebenarnya lebih daripada itu. Tapi tidak dinafikan anda pastinya tidak selesa jika keluar dalam keadaan hidung sentiasa berair atau sering bersin dan batuk.
Selain mengambil ubat dan mendapatkan rawatan daripada doktor, terdepat beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil untuk kurangkan gejala selesema.
Meminum teh panas boleh melegakan hidung anda yang tersumbat. Boleh minum ketika sarapan pada waktu pagi.
Makanan berkuah seperti sup boleh membantu meningkatkan selesa. Ia juga membantu badan anda lebih hidrasi.
Amalkan makanan yang mengandungi halia kerana ia boleh melegakan tekak anda daripada berasa loya.
Buah yang cukup banyak khasiatnya ini boleh membantu sistem penghadaman anda jadi lebih baik. Malah, ia juga buah yang boleh membantu anda rasa kenyang.
Pastikan anda meminum air dengan cukup. Ini bagi membantu badan anda cukup air dan sentiasa dalam kondisi hidrasi baik.
Ais krim jenis ais pop boleh membantu melegakan sakit tekak anda.
Bahan penting dalam masakan ini boleh membantu mengurangkan dan memberikan kelegaan kepada hidung anda yang tersumbat.
Walau bagaimanapun nasihat MASKULIN, jika anda ada gejala selesema usahlah terlalu banyak bergerak terutamanya di kawasan tumpuan ramai. Kurangkan pergerakan anda, bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga orang lain.
Jika gejala selesema anda bertambah teruk yang disusuli dengan demam, sakit sendi dan juga cirit-birit usah berlengah untuk mendapatkan rawatan dan merujuk pusat kesihatan terdekat.
Sama-sama kita jaga antara satu sama lain.
Sumber info: Public Health Malaysia
Foto: Pexels