Walaupun kita sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun bersyukur kerana masih dibenarkan untuk melakukan aktviti larian. Ia merupakan antara jenis aktiviti riadah yang dibenarkan menurut Majlis Keselamatan Negara.
Namun begitu, MASKULIN ingin nasihatkan anda agar sentiasa patuh dengan SOP. Jangan lari dalam berkumpulan atau beramai-ramai. Sila pastikan jarak anda dengan orang lain sentiasa terjaga sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter semasa berlari.
Apabila pergerakan terbatan, ramai pula yangmenjadi semakin obses dengan aktviti larian. Hinggakan ada yang melakukannya secara berlebihan. Lebih teruk ia boleh mendatangkan kecederaan dan kesan fizikal yang tidak baik.
Sebagai pelari yang selalu aktif anda harus elak dari melakukan beberapa jenis kesilapan seperti MASKULIN kongsikan. Nak tahu jenis kesilapan yang bagaimana? Ikuti perkongsian di bawah!.
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian recovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
BACA: Plank Selama 21 Hari Berturut-turut Mampu Bantu Hilangkan Lemak Perut
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
Seperti MASKULIN katakan setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.
Jangan lupa follow atau subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video senaman menarik seperti di bawah.