Jenis-jenis Senaman Mudah Untuk Membakar Lemak & Boleh Buat Di Rumah
Foto: aleksandarlittlewolf - freepik

Melakukan senaman secara konsisten sememangnya penting bukan sahaja untuk membakar lemak tetapi boleh merealisasikan impian anda untuk memiliki bentuk badan ideal.

Google sahaja kebaikan bersenam, nyata terlalu banyak manfaat yang boleh anda dapat terutamanya untuk tubuh badan dan kesihatan diri.

Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam dan mengeluarkan peluh disebabkan anda tiada peralatan ataupun tidak ke gimnasium.

Ini kerana terlalu banyak jenis senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah dan dalam masa sama, manfaatnya juga setanding anda bersenam di gimnasium.

Selain membakar lemak, jenis-jenis senaman ini juga mempunyai pelbagai manfaat yang tubuh badan.

* Lakukan kesemua senaman ini dalam tempoh 30 saat workout dan 10 saat rehat.

Artikel berkaitan: Hanya 4 Minit, Buat Jenis-jenis Senaman Tekan Tubi Ini Jika Ingin Mantapkan Otot Dada

Artikel berkaitan: ‘Speed Work Out’ Selama Empat Minit Dengan Empat Jenis Senaman

IKLAN

1. Jumping Rope

Senaman ini dilakukan seolah-olah anda sedang melakukan senaman skipping atau lompat tali.

Manfaatnya:
1. Menurut Science Daily, senaman ini boleh membakar lebih banyak kalori berbanding berjoging selama 30 minit.
2. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa keputusan ujian tikus makmal melompat 40 kali seminggu telah meningkatkan ketumpatan tulang selepas 24 minggu.
3. Lakukan 3-5 kali seminggu untuk 12-20 minit untuk meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dan paru-paru.
4. Senaman ini juga dapat memperbaiki pernafasan.

2. Star Jump

Senaman ini turut dikenali dengan nama jumping jack atau lompat bintang.

Manfaatnya:
1. Star Jump adalah latihan kardio aerobik yang dapat menyihatkan otot-otot jantung.
2. Senaman ini dapat membakar banyak kalori sehingga mencipta keseimbangan energi negatif di dalam tubuh badan.
3. Saat anda melompat dan mendarat secara lembut pada waktu yang sempurna akan meningkatkan stamina dan keseimbangan tubuh badan.
4. Senaman ini juga dapat membantu menurunkan peningkatan stres.
5. Dapat mengurangkan lemak dan mengencangkan otot sehingga membentuk paha, punggung, betis, bahu dan lengan.

IKLAN

3. Butt Kick

Senaman jenis latihan plyometric ini dianggap sebagai latihan larian utama bagi atlet yang ingin mendapatkan prestasi yang lebih baik, kecekapan dalam kemajuan larian dan melindungi daripada kecederaan.

Manfaatnya:
1. Mengencangkan otot paha belakang dan merehatkan otot paha depan saat anda melakukan pergantian kaki (leg turnover) secara cepat.
2. Tendangan pada bahagian belakang paha dan punggung ini dapat membantu meningkatkan kelajuan kontraksi hamstring yang dapat membantu anda berlari dengan lebih cepat.
3. Efektif dalam membentuk dan menaikkan otot punggung.

4. High Knees

Asasnya, ia adalah senaman dalam posisi berlari, dengan lutut diangkat ke ketinggian pinggul pada setiap langkah. Gunakan lengan bagi memberi kekuatan tambahan untuk meningkatkan kadar intensiti.

Manfaatnya:
1. Dapat meningkatkan keupayaan dan memberi kekuatan pada otot kaki.
2. Meningkatkan stamina dan ketahanan tubuh badan.
3. Ia juga dapat menguatkan keupayaan anda untuk melompat.
4. Jika dilakukan secara konsisten, high knees akan menjadikan anda pelari yang lebih baik.

IKLAN

5. Cross-Over-Toe-Touches

Senaman ini juga dikenali sebagai windmills kerana badan anda menyerupai kincir angin semasa melakukan pergerakan, selain dipanggil toe touch cross-overs.

Manfaatnya:
1. Menstabilkan tubuh badan agar lebih baik.
2. Meningkatkan kekuatan teras dan memberi sokongan pada tulang belakang.
3. Memberi fungsi pada banyak otot iaitu otot bahu, punggung bahagian bawah, glute dan bahagian pinggang.
4. Membakar lebih banyak kalori.

6. Lunges (Fast)

Senaman ini dilakukan dengan satu kaki di hadapan seolah-olah anda dalam keadaan duduk, manakala sebelah kaki lagi di belakang yang hampir lurus. Tekan pada jari kaki.

Manfaatnya:
1. Mengurangkan beban (decompression) pada tulang belakang dan memberi peluang pada tulang belakang untuk ‘relax’.
2. Memberi postur tubuh yang lebih baik.
3. Meningkatkan fleksibiliti dan kelenturan bahagian pinggul.
4. Menyasarkan kebanyakan otot di bahagian bawah badan (lower body) sekali gus menguatkan bahagian kaki dan punggung.
5. Meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan berat badan dengan cepat.

7. Jump Squats

Senaman jump squats ini seakan-akan sama dengan senaman squat biasa cuma ia menggabungkan unsur kardio (lompatan) dalam satu pergerakan.

Manfaatnya:
1. Solusi untuk melancarkan peredaran darah dan membakar lemak selulit.
2. Meningkatkan metabolisme tubuh.
3. Efektif untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
4. Membantu membina otot kaki agar lebih kuat dengan mengeluarkan hormon yang menggalakkan pembinaan otot lebih baik.
5. Menggalakkan penyebaran nutrisi yang lebih baik ke seluruh badan dan melancarkan penghadaman.

Subscribe dan tonton pelbagai video-video Fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI